cantiksihat.com| Cantik,sihat.Kehidupan sebagai ibu,isteri,anak.Sama sama mendapat panduan dan berkongsi pendapat .

Archives for January, 2008

Tiada siapa boleh menolaknya

 inalilahvd6.gif

Semalam 26/1/2008 saya mendapat 2 berita kematian , seorang adalah mak kpd kastemer saya dan
seorang lagi adalah rakan forum dan niaga saya di wmc. Inna lillah hi waiinna ilaihirajiunn.

Mak kastemer saya ni menghidap buasir tahap kronik dan tidak mendapat rawatan. Mak nya tidak ingin berjumpa doktor. Oleh kerana buasir yang tidak dijaga , maka penyakit itu telah menular menjadi kanser usus dan kanser hati.

Rakan ( ina) yang meninggal itu masih muda lagi, meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil dan seorang suami.
Rupanya dia penghidap asma.

Rasa sedih dan terkejut juga mengenangkan semua ini , lebih lebih lagi ina, patut lah dia selalu mengatakan dirinya tak sihat.

Semoga arwah arwah berada dalam lingkungan orang yang dikasihi NYA.Amin.

Jaga lah kesihatan diri kita untuk anak anak dan keluarga.

Amalan pemakanan sihat .

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

· Makanlah makanan yang halal dan punca rezeki yang tidak syak .

· Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “BismilLah” dan sudahi dengan “AlhamdulilLah”.

· Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

· Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

· Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

· Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

· Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

· Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

· Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan . (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi .

Sekarang perlu berhati hati untuk mengambil buah buahan ,perlu direndam dalam air terlebih dahulu untuk membuang racun/baja kimia yang di sembur.

Seelok nya gunakanlah pembersih buahan/sayuran yang selamat yang terdapat dalam pasaran sekarang nii.

· Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

· Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Elok juga berpuasa 1/ 2 kali seminggu. Ini adalah untuk proses pembersihan rohani dan jasmani, juga untuk proses pencernaan.

Sekiranya kita mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA KITA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN :- MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

Untuk kesihatan dan kecantikan perlu lah kita lakukan semua perkara dengan konsisten. Segala nya tidak mudah untuk dilakukan walaupun untuk kurus, cantik dan sihat.

Tiada  jalan singkat

Al-Quran > Surah Al-A’raaf> Ayat 26

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).


Al-Quran > Surah An-Nuur> Ayat 31

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Sekarang nii ramai yang beranggapan bahawa kecantikan adalah terletak di pakaian.
Bagi saya pakaian melambangkan keperibadian.
Pakaian sekarang terlalu menonjol bahagian bahagian yang tak perlu di tonjolkan.Mintak la di jauhkan dari
anak anak ku sekalian , jauh lah pekerti yang tak elok nii.
Takut melihat begitu taksub nya mereka “berpakaian.”
Nak cantik….perlu kah menggadai sebahagian dari badan kita untuk tontonan ?

Apa laaa nak jadi…..

 

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- merogol perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga.Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dgn budak nie….dia hampiri dan tanya budak nie Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia,tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu..sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.


> > > > > > > > > > > > Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit - dalam keadaan telanjang.Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini,jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan.

P/S: Hantarlah kepada rakan-rakan wanita anda.. selamatkan mereka.Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

Ini saya terima dalam email. Apala nak jadi …….

web site hit counter