Archives for February, 2008
Posted on Feb 26, 2008 under diari |

Sering terlintas di fikiran ini…..
KENAPA? KENAPA?? DAN KENAPA???
sentiasa berligar di fikiran , tatkala melihat manusia lain hidup dengan senang lenang, gembira, kaya raya……tetapi aku???
Adakah ini satu persoalan tentang putus asa, kecewa, menyalahkan siapa?
Menyalahkan diri sendiri? menyalahkan takdir ? Menyalahkan Tuhan??
Masya allah….minta di jauhkan semua ini.
Sering ku tanya diri ini dan suami ku seketika, kenapa orang itu, tak pernah mengerjakan sembahyang dapat memiliki wang yang banyak, berbelanja sakan membeli barangan yang berharga….bersuka ria ke mana saja yang ingin dikinjungi nya……menikmati makanan yang mewah di kedai dan restoran setiap hari.
Kenapa aku sering diuji?
Suami ku menjawab “ untuk apa kita solat?” “……untuk dunia atau untuk akhirat?”
Tersentak aku…..aku lupa…..aku ingin kan bahagia dan sejahtera di dunia dan di akhirat, juga keberkatan dari Allah atas apa jua yang aku lakukan.
Aku sering terlupa…ampuni lah dosaku ya Allah.
Aku sering putus asa…..jauhi lah aku dari sifat putus asa…kerana ini merupakan kebencian
Tunjukkilah aku Jalan Yang Benar…..
Posted on Feb 26, 2008 under apa apa aje, kesihatan |

Pelbagai khasiat bawang putih
BAWANG putih mempunyai nilai yang amat berguna pada kesihatan. Ciri-ciri penyembuhan dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan di samping membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi (hypertension).
Minyak asas serta komponen lain yang dimilikinya mempunyai kekuatan antibodi, antifungal dan antiviral.
Khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan boleh didapati dengan mudah kerana bawang putih sememangnya digunakan sebagai penyedap masakan. Bawang putih mentah dihiris untuk masakan seperti daging, ayam dan sayur-sayuran atau salad. Selain itu ia juga dijeruk di dalam minyak untuk menghasilkan rasanya yang lazat.
Bawang putih juga boleh dijadikan ubat bagi penyakit sakit saraf, sakit sendi, kutil dan penyakit kulit lain.
Bawang putih segar yang dicampurkan dengan madu dikatakan dapat membantu menyembuhkan selesema, suara yang serak dan radang pada kerongkong.
Cara memakannya ialah dengan menghancurkannya, kemudian campurkan dengan satu sudu madu. Kacau dan biarkan ia ditempat yang sejuk selama satu jam untuk sebatikan madu dan minyak bawang tersebut. Jika ada tanda-tanda untuk dijangkiti penyakit selsema, ambil satu atau dua sudu untuk diminum. Ulangi setiap jam berikutnya.
Ia juga boleh digunakan apabila selesema teruk dan amat berkesan untuk melegakan sesak nafas dan batuk.
Bawang putih juga dikatakan mampu memberi kesan terapeutik. Sulfur yang terdapat pada minyak bawang putih boleh membantu menjadi pembasmi atau pembunuh kuman dalam badan.
Jika bawang putih dijadikan makanan, ia akan diserap ke dalam aliran darah kemudiannya tersebar melalui pelbagai organ seperti bahagian kulit, usus, paru-paru dan sistem perkumuhan air kencing
Semua organ-organ tersebut mendapat manfaat penyembuhan daripada khasiat bawang putih.
Komponen-komponen
Bawang putih diperkaya dengan minyak asas dan agen utamanya yang aktif adalah alisin. Sebatian ini bertanggungjawab menghasilkan bau bawang putih dan berperanan sebagai agen membantu penyembuh penyakit. Sementara itu, bawang putih juga mengandungi kalsium, selenium, kalium dan zink.
Penggunaan bawang putih juga dapat membantu menurunkan tahap kolestrol dalam darah.
Bawang putih juga dikatakan mampu membantu untuk mencegah pertambahan plak di dalam arteri koronari.
Selain itu ia juga membantu mengelakkan pembentukan darah beku di dalam saluran darah. Kedua-duanya dapat melindungi tubuh daripada serangan sakit jantung dan strok.
Tip tambahan
Apabila anda memakan banyak bawang putih ia akan memberikan anda bau badan dan nafas yang tidak menyenangkan. Ini disebabkan oleh kandungan minyak yang terdapat padanya telah dikumuh melalui sistem pernafasan dan kulit. Jadi, bagi mengurangkan kesan yang tidak enak ini, kunyahlah daun parsli, taim atau pudina dengan segera selepas memakan bawang putih.
Untuk gangguan usus
Kualiti yang terdapat pada bawang putih juga digunakan untuk membantu merawat ulser. Untuk lebih berkesan makanlah tujuh hingga sembilan ulas bawang putih sepanjang hari mengikut cita rasa masing-masing.
Sama ada memakannya dengan susu atau ditaburkan di atas roti. Namun bagi ibu yang mengandung atau masih menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambilnya.
Untuk mengelakkan jangkitan
Sangat bagus untuk penyakit kaki makan air, ketuat, jangkitan-jangkitan kulit dan jerawat. Letakkan bawang putih segar yang telah dilecek ke dalam sekeping kain kasa dan sapukan pada kawasan yang terlibat.
Tip untuk dapur anda
Apabila membeli bawang putih pilihlah yang masih kukuh. Seharusnya kulit luarnya tegang, tidak pecah dan berwarna putih atau ungu.
Elakkan membeli bawang putih yang lembut dan lembap.
Dipetik dari web utusan online 28 Februari 2008
Posted on Feb 25, 2008 under melilea, organic, organik,naturopathy |

Banyak program diet yang menawarkan hasil tubuh sehat dan langsing.
Namun, hati-hati dalam memilih program diet yang tepat, kerana impian tubuh sehat dan langsing akan hilang akibat salah memilih program diet.
Dalam memilih program diet, mengambil satu jenis makanan tertentu seperti hanya mengambil buah dan sayur saja juga tidak sihat.
Tubuh akan kekurangan zat yang diperlukan seperti protein, karbohidrat. Ianya haruslah seimbang.
Salah satu program diet yang baik bagi tubuh adalah diet dengan lebih banyak mengambil lebih sayuran dan buah segar. Program ini jauh lebih baik karena dari sayuran dan buah segar banyak fiber atau serat sebagai komponen makanan yang penting untuk diet.
Pengambilan buah dan sayuran dalam jumlah tinggi itu dapat pula menghindarkan manusia dari serangan jantung dan kanser.
10 jenis buah-buahan yang bermanfaat bagi kesihatan dan kandungan nutritien
Epal
Epal mengandung karbohidrat terutama ketika sedang tumbuh dan kaya pectin (sejenis serat). Epal mengandung flavonol yang disebut quercetin yang dalam beberapa penelitian memiliki bahan antikanser. Quercetin juga mengandung bahan antiradang sehingga bermanfaat bagi penyakit seperti arthritis. Sedangkan kandungan gizinya, epal mengandung vitamin C tapi tidak sebanyak buah jeruk.
Strawberi
Strawberi mengandung ellergic acid sebagai antioksidan. Dalam beberapa penelitian ellergic acid terbukti dapat menghalangi pertumbuhan tumor dalam paru-paru, esophagus, payudara, cervix dan lidah. Sebagai ubat tradisional, strawberi diyakini memiliki antibakteri dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan. Strawberi banyak mengandung vitamin C.
Pisang
Pisang merupakan sumber vitamin B6 yang diperlukan kan untuk membuat serotonin dalam otak. Serotonin berfungsi mengurangi rasa sakit, menahan nafsu makan, dan membuat merasa relaks dan mengurangi ketegangan.
Sebagai ubat tradisional, pisang digunakan untuk menyembuhkan bisul perut. Tidak seperti buah-buahan lain, pisang mengandung banyak karbohidrat, sedikit mengandung karotin dan vitamin C namun kaya potasium.
Melon/Tembikai
Melon mengandung gula yang tinggi dan lycopene yang berfungsi sebagai antikanser. Melon merah dan oranye juga mengandung carotenoid yang dapat melindungi sel tubuh terhadap kerusakan free radical dan dapat juga diubah menjadi vitamin A dalam tubuh. Melon merupakan sumber carotenoid dan juga mengandung vitamin C.
Jeruk
Jeruk mengandung phytochemical yang disebut hesperidin yang berfungsi sebagai antioksidan. Jeruk juga sumber pectin yang berfungsi menurunkan tekanan darah dan termasuk buah rendah serat namun sumber vitamin C dan folate.
Mangga
Mangga mengandung carotenoid yang disebut beta crytoxanthin, sebuah antioksidan yang dapat melindungi terhadap beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser tulang tengkuk. Mangga termasuk buah yang kaya carotenoid, serat, dan vitamin C.
Kiwi
Kiwi mengandung pigmen yang disebut chlorophyll yang memberikan buah tersebut warna hijau. Kiwi memiliki kemampuan mengikat kanser.
Satu buah kiwi sudah cukup untuk memenuhi persyaratan sukatan vitamin C orang dewasa.
Plum
Plum mengandung phytochemical yang disebut ferulic acid, yang memiliki senyawa antikanker. Penelitian menujukkan banyak konsumsi ferulic acid dapat membantu menurunkan risiko kanser usus. Plum merupakan buah yang kaya serat dan potasium.
Anggur
Kulit anggur mengandung phytochemical yang disebut resveratrol yang terbukti dapat meningkatkan kesehatan jantung, antikanser, antibakteria, dan mengandung antioksidan.
Anggur memiliki kandungan serat dan vitamin C yang rendah.
Nanas
Nanas mengandung enzim bromelain yang memiliki kemampuan untuk menguraikan protein. Nanas sering dipakai sebagai bahan pelembut daging selain berguna membantu pencernaan, menguraikan pembekuan darah, mencegah sinusitis, dan infeksi saluran kencing. Nanas merupakan sumber vitamin C dan serat serta mengandung kadar gula yang tinggi.
Lima kesalahan yang biasa dilakukan apabila melakukan program diet
1. sarapan pagi
Sarapan dengan memilih makanan tepat di pagi hari sangat penting bagi tubuh untuk memberi energi yang diperlukan untuk menghadapi rutin pagi agar terhindar dari mengambil makanan ringan bergula atau berlemak ketika merasa lapar/ makanan junk.
2. lemak berlebihan
Sebenarnya makanan bebas lemak tidak berarti makanan itu mengandung kalori rendah.
3. salad
Salad mengandung kalori yang tinggi seperti burger dan bila sayuran itu ditaruk keju, roti kering, dan kuah berlemak tinggi.
4. epal atau jeruk
Mengambil buah-buahan segar jauh lebih baik karena banyak fiber/ serat sebagai komponen makanan yang penting untuk diet.
5. kalori
tubuh memerlukan 1.200 sampai 1.500 kalori setiap hari untuk berfungsi. Jika jumlah kalori anda terkurang atau terlebih, ini akan memperlambatkan metabolisme tubuh dan akibatnya akan timbul masalah kesihatan seperti anemia.
dipetik dari sumber internet
Posted on Feb 25, 2008 under kecantikan, melilea |

Ternyata dari hasil penyelidikan memperlihatkan bahwa serat sangat baik untuk kesihatan ,iaitu membantu mencegah sembelit, mencegah kanser , mencegah sakit pada usus besar, membantu menurunkan kadar kolesterol ,membantu menurunkan kadar gula dalam darah, mencegah wasir, membantu menurunkan berat badan dan banyak lagi faedah nya serat.
Apakah Serat itu sebenarnya..?
Serat adalah zat non gizi, ada dua jenis serat iaitu serat makanan (dietry fiber) dan serat kasar (crude fiber).
Serat makanan adalah serat yang tetap ada dalam kolon atau usus besar setelah proses pencernaan, baik yang berbentuk serat yang larut dalam air maupun yang tidak larut dalam air. Sedangkan serat kasar adalah serat tumbuhan yang tidak larut dalam air.
Serat yang tidak larut ini ada 3 (tiga) macam ,aitu Selulos ,hemiselulos dan lignin. Serat banyak sekali terdapat pada sayuran, buah buahan dan bijirin/kacang.
Adapun serat yang larut dalam air ada tiga jenis , iaitu pektin , musilase dan gum. Serat ini juga banyak terdapat pada buah-buahan, sayuran dan sereal dan gum banyak terdapat pada aksia.
Serat makanan tidak dapat diserap dalam usus kecil dan tidak dapat masuk dalam sirkulasi darah, serat ini akan dibawa oleh usus kecil masuk kedalam usus besar dengan gerakan peristaltik usus,
Kehadiran serat pada usus besar ini baik untuk membantu proses yang terjadi di usus besar.
Rata-rata negara didunia ini menetapkan jumlah serat yang diperlukan oleh tubuh secara rutin nya sebanyak 30 gm.
info di petik dari sumber internet