Posted on Feb 17, 2008 under kesihatan |

Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:
“Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit”
Bagi mana mana organisma, sihat ialah satu bentuk homeostasis.
Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan).
Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu.
Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat.
Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif.
Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya
dipetik dari wikipedia
Posted on Feb 17, 2008 under ecpi water/gth |
Soalan.
Boleh kongsi petua macamana nak menguatkan daya ingatan? Saya ada masalah lemah daya ingatan.
Sesiapa yang sudi berkongsi diucapkan berbanyak terima kasih.
baca doa penerang hati, banyak mengaji dan juga makan kismis untuk memori…dan juga supplement untuk minda.
Dipetik dr yahoo

IQ MAX
Bukan kismis biasa, tetapi kismis yang telah di perkayakan dengan ribuan tenaga gelombang untuk membantu masaalah kecergasan minda.
Fungsi dan khasiat.
@ meningkat daya ingatan dan merangsang kecerdasan minda.
@ merangsang sel sel neuron otak
@ merangsang minat untuk belajar
@ melegakan tekanan emosi
KHASIATNYA TELAH TERBUKTI !!!
Kismis ini amat sesuai untuk pelajar pelajar yang lemah dalam pembelajaran di sekolah. Ramai
telah mencubanya dan terbukti keberkesananya.
Ia bukan sahaja sesuai untuk anak anak, malah sbg orang tua / dewasa juga patut mengambil IQ MAX .
TESTIMONI
Saya juga telah memberi anak anak menggunakan IQ MAX ni, bahkan saya juga mengamalkan IQ MAX .
Memang nampak kesan positifnya. Keyakinan kita bertambah tinggi , kurang nya fikiran dan pandangan yang negatif .
ANDA INGIN MENCUBA…
BOLEH DAPATKAN DISINI !!!!
Posted on Feb 15, 2008 under cosway, kecantikan |

http://www.ecosway.com.my/videos/bust_serum/bm_MY/bust_video_content.html

TESTIMONI
“Saya sentiasa ingin memakai baju ketat tetapi merasa rendah diri kerana payudara saya agak
kecil. Saya mahukan payudara yang besar tetapi tidak mahu menanggung sebarang risiko dari
pembedahan. Selepas menggunakan serum payudara L’elan Vital, saiz payudara saya bertambah
kepada mangkuk C! Kini saya boleh menayangkan potongan baru saya dengan bangga! - Puan
Tan,surirumah-48tahun
“Saya dapat melihat dengan jelas kesan penegangan nya serta merta.Selepas minggu pertama, saya
menjadi lebih kagum kerana payudara saya begitu kental.Sekarang payudara saya kelihatan lebih
montok .Serum Payudara L’elan Vital memang telah membantu mengembalikan keyakinan saya! -
Angelica Chan- Eksekutif Akaun - 27 tahun
“Selepas hanya 3 hari, saya dapat merasakan payudara saya menjadi lebih kental dan tegang. Dalam
masa tidak sampai sebulan, saiz payudara saya bertambah setengah mangkuk. Saya sungguh gembira
dan berpuas hati dengan hasil yang saya kecapi” -SF Tam, ibu kepada 1 anak, Cheras
Posted on Feb 12, 2008 under kecantikan |

Langkah-Langkah Mudah Untuk Mencapai
Kesihatan Mental Yang Baik
Mengamalkan cara hidup sihat
Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
Berfikir dengan positif
Buat keputusan secara bijak
Cari kawan
Dengar suara hati anda
Belajar menangani kritikan dengan baik
Belajar menjadi diri sendiri
Belajar untuk menyukai diri sendiri
Belajarlah berkata “TIDAK”
Rancang masa anda dengan baik
Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
Bina keluarga bahagia
Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik.
Mengamalkan cara hidup sihat
Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
- Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
- Mensasarkan matlamat yang boleh dicapai.
- Belajar menerima apa yang anda tidak boleh tubah.
-
Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti:
Saya akan, saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.
- Ketahui fakta-fakta yang berkaitan.
- Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
- Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan.
Cari kawan
- Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama.
- Menghormati pandangan mereka dan bersabar.
-
Dengar suara hati anda
- Suara hati/perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda.
- Suara hati/perasaan akan memberitahui anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti:
- Mencari teman bila kesunyian.
- Menangis bila bersedih.
- Menyanyi dan tersenyum bila gembira.
Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan, berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup:
- Keseorangan
- Disayangi
- Ketakutan
- Kesedihan.
- Tiada upaya
- Malu
Tidak salah jika anda meluahkan perasaan anda sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalm hati akan lebih mengganggu perasaan anda.
Belajar menangani kritikan dengan baik.
- Kritikan yang jujur dan membina memberi maklumbalas tentang diri anda bahawa anda:
- Ambil tahu tentang orang lain atau
- Menyebabkan orang lain tidak menyukai anda, atau
- Anda didatangi masalah.
Anda boleh belajar menerima kritikan dan mengambil keputusan sama ada perlakuan itu yang anda pilih untuk diubah.
Bila anda dikritik, anda boleh:
· Berada dalam keadaan santai
·
-
- tarik nafas panjang
- nyatakan atau lafazkan perkataan “tenang” (relax).
- bayangkan anda berada ditempat yang selamat untuk beberapa saat.
Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut, kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda.
? Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda :
- Terima kesilapan dan akui kritikan itu betul.
- Memohon maaf.
- Ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut.
? Jika kritikan tepat tetapi tidak membina :
- Akui kesilapan
- Beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan.
- Ambil langkah pembetulan.
? Jika kritikan tidak tepat :
- Dapatkan maklumat lanjut
- Betulkan kesilapan maklumat yang dibangkitkan.
? Jika kritikan tidak mesra, dan ketepatanya merupakan hanya satu pandangan :
- Cari jalan persetujuan.
- Minta pendapat dan cadangan.
Fikirkan untuk menggunakan komponen bahasa tanpa lisan bagi komunikasi yang asertif contohnya duduk dengan tegak dan meyakinkan, nada suara yang terang dan tegas serta pandang tepat ke mata pendengaran. Langkah-langkah ini juga akan membantu anda memberi jawapan dan dihormati.
Belajar menjadi diri sendiri
- Buang keinginan supaya semua orang menyukai anda.
- Buangkan fikiran jika seseorang tidak menyukai anda, anda perlu bersedih atau anda telah gagal.
- Buangkan fikiran jika ingin disukai orang, anda perlu melakukan apa yang orang suruh buat.
Jika anda meluangkan semua masa anda membuat apa yang orang lain suruh buat, anda tidak akan berpeluang menjadi diri anda sendiri.
Belajar untuk menyukai diri sendiri.
- Adalah BOLEH untuk menyukai diri anda dan menjadikan anda sahabat kepada diri anda.
- Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri anda.
- Anda boleh bercakap perkara yang baik-baik tentang diri anda.
- Anda boleh berhenti dari membuat perkara yang anda tidak sukai.
- Anda tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai anda.
Belajarlah berkata “TIDAK”
Berkata “TIDAK” seumpama memberi hadiah kepada diri sendiri. Ia memberi masa, hak, ruang peribadi dan menghormati diri sendiri.
Anda berhak untuk berkata tidak bila anda disuruh membuat perkara yang menyalahi undang-undang, tidak jujur atau yang bertentangan dengan kepercayaan anda dan ada kalanya anda perlu bertindak tegas.
- Buat satu senarai semua perkara yang perlu dibuat dan amalkan.
- Beri peruntukan masa yang bersesuaian dan laksanakan.
Jarakkan perubahan dalam hidup
Beri diri anda masa untuk menyelaras dari satu perubahan ke perubahan yang lain. Contohnya jangan membeli kereta, rumah, berkahwin dan bertukar kerja dalam satu masa.
Bina keluarga bahagia
- Mesra, kasih, sayang, dan berbudi bahasa kepada ahli keluarga anda.
- Beri mereka sokongan sewaktu diperlukan.
- Luangkan sedikit masa untuk berbual, bermain dan bersantai bersama keluarga.
- Rumah kami syurga kami - Jadikan rumah anda tempat yang aman dan menyeronokkan untuk kembali setelah penat sehari suntuk bekerja.
Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari profesioanal bila diperlukan
Jangan simpan semua masalah dan kebimbangan diri anda.
Anda tidak bersendirian dan anda boleh berbincang dengan orang yang anda percayai. Mungkin mereka mengalami pengalaman yang serupa dan boleh memberi cadangan penyelsaian untuk anda.
Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.
- Sentiasa pasrah
- Sentiasa jujur tanpa prasangka.
- Berhati mulia.
sumber : portal kesihatan