tag dari waida

Posted by zawiah | apa apa aje, pc dan anda | Monday 31 March 2008 11:10 am

Seronok tengok orang buat tag di blog, saya pun nak buat juga hehe. Saya nak kenakan tag pada 7 orang juga lah hehe, perisian ada 7 bukan? . Ok, 7 orang tu MK, Kak Zawiah, Amzani, Shueqry, ShawnSharif, Kaorunamba dan Nash. Saja seronok2, saya tak kisah anda mahu buat atau tidak. Kalau buat lagi bagus

ihiiiihhhiii…..
waida dah “tag” nama akak….
sebenarnya akak sendiri pun tak faham maksud sebenar dengan “tag” nihh…..
apa apa pun terima kasih terlebih dahulu untuk waida….
dari blog waida akak banyak belajar tentang komputer

hehe, sebenarnya macam ni..
tak rumit pun tag ni (bukan macam tag dalam kod html tu :D )

bila akan kena tag dari saya, akak pula harus buat artikel tentang topik yang sama macam saya buat, “7 perisian yang akak wajib pakai”

tentang ebook ini pula, mulakan dengan report dulu sebab nipis kan. yang penting kena mula langkah pertama :) ingat konsep “start small, finish big”

Kenapa perlukan insuran pada zaman ini?

Posted by zawiah | insuran takaful | Friday 28 March 2008 2:52 am

(more…)

Bulan kelahiran anda

Posted by zawiah | apa apa aje | Tuesday 25 March 2008 3:08 pm

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar
kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak
dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan
sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

 

(more…)

daun naga buana

Posted by zawiah | organik,naturopathy | Tuesday 25 March 2008 4:42 am

daun-naga-buana.jpg

Dulu doktor kata I ada kanser payu dara. Pas tu mak I pi cari daun nama dia “Naga Bona”. Tumbuk dan sapu kat payu dara selama 3 Bulan. Makan pantang. Pas tiga bulan I datang hospital balik, doktor cakap sel barah i dah mencair.sekarang dah baik….Alhamdulillah…
I dapat tau pun sebab baca kitab Majurabat moyang I. Mak I masih simpan sampai sekarang. Kalau sapa yang ada cubalah belek-belek.

Selain berubat dan seumpamanya, ada satu lagi tip yg saya dah dengar drp ustazah iaitu amalkan bangun malam (klu tak larat mulai jam 2, 3 pagi, boleh mula jam 5 pun tak apa asal lum masuk subuh, isikan dgn solat2 tahajjud, solat taubat, solat hajat, mengaji), insyaAllah klu tak sembuh pun jiwa akan tenang setenang2nya.
Ada yg dah amalkan Allah izinkan sembuh, kerana dah dikaji udara di waktu tersebut adalah udara yang paling bersih Allah kurniakan pada semua manusia.
Umat Islam ni beruntung tentang ibadat, tak perlu kaji2 buat saja apa yg Allah dan Rasul suruh, pasti dapat ganjarannya.
Perintah tahajjud & tutup aurat ada dlm Quran. Seperkara lagi perintah sedekah & jihad sangat banyak dinyatakan, buatlah. Perintah yg susah manusia buat, kalau dapat diamalkan, subhanaullah..nikmatnya

askum .. tq dgn penerangan tersebut.saya ulang kembali, ambil daun naga bona 7 helai, tumbuk hingga keluar lendir dan sapu , tunggu sehingga kering. bagai mana dengan dengan pantang ? apa pantang2 nya…
daun naga bona sama ker dengan daun beling ? apa yg saya tau dari internet, daun beling punyai bhn boleh pecah barah dan batu karang .. dan sekarang ada dalam bentuk teh… nama lain bagi daun pecah beling ni adalah jin batu, bayam karang, ngokilo

saya dah cuba masa doktor sahkan saya kena kanser payu dara. Saya apply selama sebulan dan berpantang. Semasa buat operation, doktor cakap bukan kanser yang ada hanya darah bercampur nanah. (tu la sebab sel kanser dah pecah dan bertukar menjadi nanah). Alhamdulillah saya tak payah buat kemotrapi dan makan ubat.

Naga Bona adalah sejenis daun yang boleh memecahkan sel barah.. Ia adalah sejenis daun dan cara menggunakannya adalah dengan menumbukk nye hingga keluar lendir kemudian di sapu di payu dara. biarkan sehingga kering.. lakukan berulang kali.. Ia adalah rawatan secara tradisional.. tak sakit rasa sejuk je…
Kalau tanya nenek-nenek mesti diaorang tau.. sebab ini adalah warisan melayu turun temurun. Sebelum adanya kemotraphi.. daun ini di gunakan secara meluas..

merasa terpanggil dengan maklumat diatas, amat bermanfaat sekali…
, semuga dapat dimanfaatkan bersama
saya copy dan pastekan untuk maklumat semua….

daripada sumber web syokkahwin.com
terima kasih

Berat badan berlebihan berlaku dikalangan wanita

Posted by zawiah | kecantikan, melilea, organic | Monday 24 March 2008 1:52 am

1197218834n09858.jpg

BERAT BADAN BERLEBIHAN DIKALANGAN WANITA

FAKTA kesihatan terbaru menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada penduduk di Malaysia didapati mengalami masalah berat badan berlebihan. Daripada jumlah itu, wanita merangkumi kira-kira 21.4 peratus berbanding lelaki sebanyak 20.1 peratus.

Perbezaan ketara itu pastinya cukup membimbangkan. Cuba lihat diri anda di dalam cermin. Adakah anda berpuas hati dengan bentuk badan yang dimiliki? Tidakkah anda bimbang memikirkan masalah kesihatan yang mungkin berpunca daripada keadaan badan anda itu?

Pakar pemakanan, Hanee Fakhrurazi, berkata berbanding lelaki, wanita lebih mudah mengalami masalah berat badan berlebihan berikutan pelbagai faktor yang dikatakan dikaitkan dengan peningkatan usia dan juga kemajuan teknologi.

“Peningkatan umur menyebabkan fisiologi badan yang turut mengalami perubahan. Semakin umur meningkat, jisim lemak turut bertambah dan ini menyebabkan wanita lebih mudah mengalami masalah berat badan. Selain itu, kehadiran teknologi yang seharusnya memudahkan tugasan di rumah secara tidak langsung menyebabkan kurangnya kegiatan harian.

“Dalam hubungan ini, wanita perlu lebih prihatin dengan keadaan diri mereka kerana masalah berat badan berlebihan bukan sekadar menjejaskan penampilan tetapi juga boleh menyebabkan kehadiran pelbagai penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi,” katanya ketika menyampaikan ceramai di Seminar Pemakanan dan Wanita, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua yang dijalankan pada 1996 menunjukkan masalah obesiti di kalangan wanita ialah 7.6 peratus atau hampir dua kali ganda berbanding lelaki dengan 4 peratus yang mengalami masalah sama.


Tidak perlu mengelakkan makan tengahari atau makan malam, sebaliknya strategi pengurusan yang betul mampu membantu anda mengurangkan berat badan, sekali gus memperoleh bentuk badan yang diimpikan.

“Jika mengurangkan pengambilan pemakanan dengan mengelakkan hidangan utama, anda sebenarnya hanya menimbulkan masalah kerana apabila perut terasa lapar, anda mungkin akan makan sebanyak-banyaknya. Ini disebabkan saraf tidak sempat memberi isyarat kepada otak yang perut sebenarnya sudah kenyang.”

“Cara terbaik ialah makan dengan perlahan dan pengurangan berat badan seharusnya berlaku secara beransur-ansur iaitu 10 peratus daripada berat badan asal bagi setiap bulan. Seelok-eloknya, antara 2 kg hingga 4 kg sebulan,” katanya lagi.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya wanita yang bermasalah berat badan berlebihan mengikuti empat langkah mudah iaitu tetapkan matlamat, tingkatkan aktiviti fizikal, biasakan cara hidup aktif dan makan secara sihat khususnya makanan tinggi serat.

Berita baik bagi wanita yang prihatin dengan masalah berat badan dihadapi. Jika selama ini anda menganggap sukar untuk mengurangkan pengambilan makanan, cara terbaik yang dicadangkan Persatuan Pemakanan Malaysia ialah dengan mengamalkan kaedah pemakanan seimbang.

“Cara terbaik ialah makan dengan perlahan dan pengurangan berat badan seharusnya berlaku secara beransur-ansur iaitu 10 peratus daripada berat badan asal bagi setiap bulan. Seelok-eloknya, antara 2 kg hingga 4 kg sebulan,” katanya lagi.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya wanita yang bermasalah berat badan berlebihan mengikuti empat langkah mudah iaitu tetapkan matlamat, tingkatkan aktiviti fizikal, biasakan cara hidup aktif dan makan secara sihat khususnya makanan tinggi serat.

Fakta:

Risiko Wanita Berlebihan Berat Badan

Strok

Hipertensi

Masalah respiratori

Penyakit jantung

Ketidakseimbangan hormon

Gout

Diabetis Mellitus

Osteoathritis

Kanser

 

Tak nak makan sayur.

Posted by zawiah | melilea | Sunday 23 March 2008 8:05 am

fruit-basket-644840gif.jpg

 

Tak nak makan sayur !!! tak suka sayur, tak suka buah …….jangan risau…pasti ada penyelesainya. Jika anda biasa mendengar GREENFIELD ORGANIK MELILEA tentu anda sudah mengetahui kandungan didalamnya.

Mengandungi ± 27 jenis sayur sayuran didalamnya. Antaranya sekam bijian perang muda, bran oat, spirulina,lobak merah,bayam,saderi,rempah,kelp,chard swiss,saderi air, enzim betik,protein soya terhidrolisis, kubis daun,dulse,halia,protein soya dan pasli.

Salah satu cara yang mudah untuk anda mengekalkan nutrisi. Tanpa perlu memasak , ianya hanya semudah membuat minuman harian, malah menyihatkan dan mampu membekalkan nutrition pemakanan untuk anda.

Didalam sayur sayuran diatas itu sudah mengandungi khasiat khasiat yang tertentu yang boleh dimanfaatkan oleh badan kita.

“Makanan organik adalah ubat terbaik dan makanan terbaik adalah makanan organik”

 

Next Page »