cantiksihat.com| Cantik,sihat.Kehidupan sebagai ibu,isteri,anak.Sama sama mendapat panduan dan berkongsi pendapat .

Archives for March, 2008

1197218834n09858.jpg

BERAT BADAN BERLEBIHAN DIKALANGAN WANITA

FAKTA kesihatan terbaru menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada penduduk di Malaysia didapati mengalami masalah berat badan berlebihan. Daripada jumlah itu, wanita merangkumi kira-kira 21.4 peratus berbanding lelaki sebanyak 20.1 peratus.

Perbezaan ketara itu pastinya cukup membimbangkan. Cuba lihat diri anda di dalam cermin. Adakah anda berpuas hati dengan bentuk badan yang dimiliki? Tidakkah anda bimbang memikirkan masalah kesihatan yang mungkin berpunca daripada keadaan badan anda itu?

Pakar pemakanan, Hanee Fakhrurazi, berkata berbanding lelaki, wanita lebih mudah mengalami masalah berat badan berlebihan berikutan pelbagai faktor yang dikatakan dikaitkan dengan peningkatan usia dan juga kemajuan teknologi.

“Peningkatan umur menyebabkan fisiologi badan yang turut mengalami perubahan. Semakin umur meningkat, jisim lemak turut bertambah dan ini menyebabkan wanita lebih mudah mengalami masalah berat badan. Selain itu, kehadiran teknologi yang seharusnya memudahkan tugasan di rumah secara tidak langsung menyebabkan kurangnya kegiatan harian.

“Dalam hubungan ini, wanita perlu lebih prihatin dengan keadaan diri mereka kerana masalah berat badan berlebihan bukan sekadar menjejaskan penampilan tetapi juga boleh menyebabkan kehadiran pelbagai penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi,” katanya ketika menyampaikan ceramai di Seminar Pemakanan dan Wanita, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua yang dijalankan pada 1996 menunjukkan masalah obesiti di kalangan wanita ialah 7.6 peratus atau hampir dua kali ganda berbanding lelaki dengan 4 peratus yang mengalami masalah sama.


Tidak perlu mengelakkan makan tengahari atau makan malam, sebaliknya strategi pengurusan yang betul mampu membantu anda mengurangkan berat badan, sekali gus memperoleh bentuk badan yang diimpikan.

“Jika mengurangkan pengambilan pemakanan dengan mengelakkan hidangan utama, anda sebenarnya hanya menimbulkan masalah kerana apabila perut terasa lapar, anda mungkin akan makan sebanyak-banyaknya. Ini disebabkan saraf tidak sempat memberi isyarat kepada otak yang perut sebenarnya sudah kenyang.”

“Cara terbaik ialah makan dengan perlahan dan pengurangan berat badan seharusnya berlaku secara beransur-ansur iaitu 10 peratus daripada berat badan asal bagi setiap bulan. Seelok-eloknya, antara 2 kg hingga 4 kg sebulan,” katanya lagi.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya wanita yang bermasalah berat badan berlebihan mengikuti empat langkah mudah iaitu tetapkan matlamat, tingkatkan aktiviti fizikal, biasakan cara hidup aktif dan makan secara sihat khususnya makanan tinggi serat.

Berita baik bagi wanita yang prihatin dengan masalah berat badan dihadapi. Jika selama ini anda menganggap sukar untuk mengurangkan pengambilan makanan, cara terbaik yang dicadangkan Persatuan Pemakanan Malaysia ialah dengan mengamalkan kaedah pemakanan seimbang.

“Cara terbaik ialah makan dengan perlahan dan pengurangan berat badan seharusnya berlaku secara beransur-ansur iaitu 10 peratus daripada berat badan asal bagi setiap bulan. Seelok-eloknya, antara 2 kg hingga 4 kg sebulan,” katanya lagi.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya wanita yang bermasalah berat badan berlebihan mengikuti empat langkah mudah iaitu tetapkan matlamat, tingkatkan aktiviti fizikal, biasakan cara hidup aktif dan makan secara sihat khususnya makanan tinggi serat.

Fakta:

Risiko Wanita Berlebihan Berat Badan

Strok

Hipertensi

Masalah respiratori

Penyakit jantung

Ketidakseimbangan hormon

Gout

Diabetis Mellitus

Osteoathritis

Kanser

 

Tak nak makan sayur.

fruit-basket-644840gif.jpg

 

Tak nak makan sayur !!! tak suka sayur, tak suka buah …….jangan risau…pasti ada penyelesainya. Jika anda biasa mendengar GREENFIELD ORGANIK MELILEA tentu anda sudah mengetahui kandungan didalamnya.

Mengandungi ± 27 jenis sayur sayuran didalamnya. Antaranya sekam bijian perang muda, bran oat, spirulina,lobak merah,bayam,saderi,rempah,kelp,chard swiss,saderi air, enzim betik,protein soya terhidrolisis, kubis daun,dulse,halia,protein soya dan pasli.

Salah satu cara yang mudah untuk anda mengekalkan nutrisi. Tanpa perlu memasak , ianya hanya semudah membuat minuman harian, malah menyihatkan dan mampu membekalkan nutrition pemakanan untuk anda.

Didalam sayur sayuran diatas itu sudah mengandungi khasiat khasiat yang tertentu yang boleh dimanfaatkan oleh badan kita.

“Makanan organik adalah ubat terbaik dan makanan terbaik adalah makanan organik”

 

Suci hati suci jiwa

Oleh : Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya Allah! jadikan hatiku bersih”

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah “Aku sebenarnya (perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda / cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

peringatan untuk diriku jua…..semuga aku bakal memperolehi segala keberkatan dari NYA

 

istiqamah

fd.jpg

Subhanallah         33x

Alhamdulillah      33x

Allahuakbar        33x

cubalah istiqamah, insyALLAH dgn izin NYA anda akan merasa kelainan dan keajaiban nya.

Terima kasih buat “seri” yang telah sudi men”share” kan bersama. Semuga kita bersama menuju keredhaan Allah. Cubalah lakukan sebaik selepas setiap kali selepas solat. Kerana di ketika selepas solat anda akan berada dalam suci dari hadas kecil dan hadas besar .

web site hit counter