Posted on Apr 03, 2008 under apa apa aje |
Belajar dari kisah Sufiah
Oleh NORAINI ABD. RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)
JIKA 10 tahun lalu dunia tertumpu kepada nama Sufiah Yusof kerana kepintaran luar biasa beliau dalam matematik serta kejayaannya memasuki universiti ketika berusia 13 tahun, kelmarin lain pula ceritanya.
Anak kepada pasangan Halimaton Yusof dan Yusof Farooq yang sudah berusia 23 tahun itu kini dilaporkan menjadi pekerja seks di Salford, Manchester untuk menyara kehidupannya.
Semestinya itu bukan laporan perkembangan Sufiah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang pernah tumpang berbangga dengan pencapaian cemerlangnya.
Pun begitu, laporan terbaru mengenai Sufiah bukan juga sesuatu yang amat mengejutkan. Beliau pernah melarikan diri dari Universiti Oxford akibat tekanan perasaan yang dialaminya. Sufiah juga pernah berkahwin tetapi bercerai.
Semuanya itu gara-gara cita-cita bapanya yang terlalu tinggi untuk memastikan Sufiah dan anak-anaknya yang lain menjadi genius.
Keghairahan itu menyebabkan mental serta fizikal anak-anaknya terdera semata-mata untuk membuktikan sistem hothousing yang menjadi kebanggaan Yusof berkesan. Read more… »
Posted on Apr 02, 2008 under pc dan anda |
Seronok tengok orang buat tag di blog, saya pun nak buat juga hehe. Saya nak kenakan tag pada 7 orang juga lah hehe, perisian ada 7 bukan?
. Ok, 7 orang tu MK, Kak Zawiah, Amzani, Shueqry, ShawnSharif, Kaorunamba dan Nash. Saja seronok2, saya tak kisah anda mahu buat atau tidak. Kalau buat lagi bagus
Ok ini tentang perisian yang ada di pc akak….
1. firefox
dulu tak kenal pun firefox, smnjk dah kenal waida(kenal di alam maya) skrng bes pulak guna firefox
2. IE
IE tetap ada, sebab kengkadang sesetengah web tak dapat dibuka dengan browser firefox
3. athan
ni untuk tak bagi leka depan pc, bila masuk waktu zohor, asar,maghrib, isya……akan azan dengan sendirinya.
4.Bit Torrent
untuk download file torrent
5. Photoshop 6 dan CSS
Mesti semua ada yg nii, nak edit gambar dan sewaktu denganya
6.Acrobat Reader
7. Nero
utk burn dvd /cd…..ni suami kak suka yg nii, kak tumpang je lahhh…
p/s yg perlu ada YM (yahoo messenger) ..huhuuuuhhh……..
apa macam waida ? menepati kehendak ? heheeeeeheee………..lulus exam