Al Fatihah buat arwah mak Zainab bt Daud
Kepada pengunjung blog cantiksihat sudilah kiranya
mensedekahkan Al Fatihah buat arwah bonda saya yang baru kembali ke rahmatullah
pada pagi Jumaat (21/11/08) pada jam 1.15 pagi.
Archives for November, 2008
Al Fatihah buat arwah mak Zainab bt Daud
Kepada pengunjung blog cantiksihat sudilah kiranya
mensedekahkan Al Fatihah buat arwah bonda saya yang baru kembali ke rahmatullah
pada pagi Jumaat (21/11/08) pada jam 1.15 pagi.
tunggu cerita selanjutnya………………..
harap harap dapat lah bercerita…………
- Sekadar ingin berkongsi, jika boleh membantu:
Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, dan untuk keselamatan, sila
lakukanseperti berikut:
1. Sediakan air dalam satu bekas.
2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali,
surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali.
Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam
air.
3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, mulakan dengan merenjiskan air (biar basah) tersebut dengan memulakannya dari arah berikut:-
Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
Dari depan ke kiri.
Dari kiri ke belakang.
Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.
( sebelum dilakukan renjisan, buka semua pintu kereta )
4. Untuk lebihan air dalam bekas :- setelah selesai renjis, bergerak ke hadapan kereta dan simbahkan air (dengan menggunakan bekas yang kecil seperti timba kecil) kearah bumbung kereta dari depan ke belakang sampai habis sambil berselawat.
Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda
tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan
bertawakal kepada Allah.
Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu
dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki
kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.
P/S Biasanya arwah ayah yang selalu melakukan ,selepas dia solat hajat dia akan” memandikan “kereta
kami. Sekarang kami terpaksa lakukan sendiri. Ayah dah tak de, yang tinggal kenangan bersamanya.
Muga muga arwah ayah ditempatkan di tempat yang terpuji. Aminn. Al Fatihah untuk abah.