Siapa saya
Saya adalah ibu kepada 2 orang puteri. Mengurus rumahtangga sepenuh masa. Menetap di Kuala Lumpur . Asal saya adalah dari Negeri Cik Siti Wan Kembang . Negeri yang kaya dengan makanan yang melazatkan dan pelbagai.
Dalam dok sebok sebok orang memperkatakan tentang IT dan internet , maka saya pun mengambil peluang mengenal dunia internet. It”s intresting. Very very intresting, dapat kenalan dari seluruh pelusuk .
Setelah setahun berblog menggunakan free wordpress, akhirnya berjaya juga saya membeli domain dan hosting sendiri .
Dengan pengalaman yang tiada ……..alhamdulillah saya dah berjaya membuat weblog sendiri atas tunjuk ajar kawan kawan dan adik adik yang dah otai. Tak lupa juga dorongan dari suami tersayang dan sokongan anak anak.
Minat dengan konsep bekerja dari rumah ,membuatkan saya mencari dan terus mencari idea dan mengutip pengalaman dari orang yang dah berjaya tentang bisnes internet. Syukur setakat ini dah dapat pendapatan melalui internet ( bukan pelaburan internet ya) , walaupun tak banyak tapi ianya cukup membanggakan.
Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang tak jemu jemu mengajar dan memberi dorongan .Walaupun tak pernah bersua muka dengan ” kawan kawan maya “ saya ,tapi mereka tetap memberi sokongan dan pengajaran yang membina.
Kini walaupun sibuk melayan anak dan keluarga , dapatlah saya mempelajari ilmu yang Maha luas ini. Dan dapat lah saya berkongsi cerita dan pengalaman saya di sini.
Sudi sudikanlah menjengah ke sini selalu.
Ikhlas
Tertarik dengan kata kata ini,
Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap.
“Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak.
Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang

















