Apakah kecantikan itu terletak di pakaian?
Posted on Jan 26, 2008 under apa apa aje |Al-Quran > Surah Al-A’raaf> Ayat 26
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Al-Quran > Surah An-Nuur> Ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Sekarang nii ramai yang beranggapan bahawa kecantikan adalah terletak di pakaian.
Bagi saya pakaian melambangkan keperibadian.
Pakaian sekarang terlalu menonjol bahagian bahagian yang tak perlu di tonjolkan.Mintak la di jauhkan dari
anak anak ku sekalian , jauh lah pekerti yang tak elok nii.
Takut melihat begitu taksub nya mereka “berpakaian.”
Nak cantik….perlu kah menggadai sebahagian dari badan kita untuk tontonan ?



















By waidakmy on Feb 9, 2008 | Reply
salam akak
saya sokong..pakaian hanya melambangkan keperibadian..
takut juga tengok orang sekarang ni berpakaian..huhu
By zawiah on Feb 10, 2008 | Reply
waalaikum salam waida,
betul la erkk, kita ni jenis pakaian simple jerk.
orang yg berpakaian ala ala hollywood,bollywod…
uhhh…ngancam sunggoh