cantiksihat.com| Cantik,sihat.Kehidupan sebagai ibu,isteri,anak.Sama sama mendapat panduan dan berkongsi pendapat .

Diari saya…permulaan berniaga online

 

 

 

 

 

 

Assalamualikum semua….

Saya selalu mendapat email bertanyakan bagaimana nak carik pendapatan melalui online dan berniaga online…

saya ni bukan la pandai sangat…tapi amat berminat dengan konsep berniaga dari rumah.

Tapi ianya bukan dapat di capai dengan mudah….kemahuan perlu ada.

 

Kerana amat berminat dan terlalu berminat, saya telah surf internet dan cuba cuba belajar dengan cara membuat blog.

Itu pun alhamdulillah ada adik dari UTP (ramzan raja Blog) yang sudi menunjuk ajar kepada saya….itu pun sampai ke hari ni saya tak pernah bersua muka dengan beliau.

Semuanya melalui online…

 

Dengan membuat blog free, saya pun menulis laa…memula saya guna Blogger…..lepas tu beralih ke Wordpress..

alhamdulillah produk yang saya tulis tu mendapat sambutan…

(Jika anda semua nak belajar buat blog…..boleh dapatkan pakej membuat blog daripada saya….ini khusus produk dari zul smartusaha)

Dapat email dan sms setiap hari…maka bermula lah episode baru ….berniaga la secara online.

Semakin bertambah seronok…dengan menambah stok …dan masa pun banyak terisisi…..

 

Untuk menambah lagi ilmu , saya menghadiri bengkel bengkel kelas internet…antaranya  sifu  Irfan Khairi..wowwww….teruja betul dapat gi berkursus dengan Irfan Khairi  ( korek tabung…)

Terima kasih jua untuk suami yang sentiasa menyokong saya…menjaga anak anak sepanjang saya berkursus..

Sekarang saya dapat membuat web shopping saya sendiri walaupun ianya tak berapa cunnn…..www.zawiahshop.com….

Terima kasih untuk mawaddah ,portalis,diana_ros dll…

 

Itu juga pembelajaran online saya….terima kasih bebanyak pada yang sudi mengajar saya….

Saya juga memasuki kelas online photoshop….dengan bayaran berpatutan…

Sekarang pun saya masih lagi belajar dan belajar….ilmu tak habis untuk di cari.

Jangan jemu mencari ilmu…itu prinsip saya….wang akan datang dengan sendiri setelah kita berilmu….insyaallah…

 

 

Sekarang dalam proses menjadi mobile stokis dengan DCL .

Dan juga saya adalah ejen insuran TAKAFUL( PRUBSN )….semuanya masih dalam proses belajar dan terus belajar….

terima kasih untuk cikgu cikgu di prudential( LTH )…..

 

Terima kasih untuk semua yang tak jemu menjawab pertanyaan dari saya …yang kengkadang tu soalan nya seakan tak masuk akal…(eheheeeh)…

Untuk hal hal computer…saya dapat refer dengan otai otai computer….thanks waida..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • RawSugar
  • Reddit
  • TailRank
  • YahooMyWeb


8 Responses to “Diari saya…permulaan berniaga online”

  1. By waidakmy on Jun 15, 2008 | Reply

    haa..baru tau cerita akak mula terjebak dengan bisnes internet :)

    tak sangka akak belajar buat blog dari ramzan. saya kenal dia ni pun sebab dia praktikal kat tempat saya. kelakar juga, sebenarnya kenal dia online di wangcyber.com, tapi tak sangka kenal orang yang sebenarnya..

    saya pun nak berjinak2 dengan produk fizikal pula ni..tengah cari produk dan pasaran :D

  2. By zawiah on Jun 16, 2008 | Reply

    ihihiiiihiii…..
    ramzan ni sama kampung ngan akak…
    tp tak pernah jumpa lagi ngan dia…
    terima kasih bebanyak utk yg sudi ajar akak…

    alhamdulillah sekarang semakin dikenali…
    walaupun tak famous tp sonott….ada yg dtng ke rumah dtng nak ambik barang…
    sonott dpt carik kawan…..

  3. By waidakmy on Jun 22, 2008 | Reply

    wah famous akak sekarang eh? ;)

  4. By zawiah on Jun 22, 2008 | Reply

    alaaaa…waida…
    jangan le….tak mane nya famous ehh…
    akak mmg suka berkawan….tp satu je akak nii…
    pendiam….heheee..pemalu le katakan…

    waida…
    smpai skrng akak tak pandai nak taruk smiley nii….(sad)

  5. By Sahffik on Jun 27, 2008 | Reply

    wah banyak betul business die…teruskan usaha anda

  6. By zawiah on Jun 29, 2008 | Reply

    salam sahffik…
    tima kasih sudi bertandang ke blog saya…

    insyallah…semuanya demi kebaikan bersama….dan saya mmg minat meniaga…salah satu sbb meniaga melalui internet adalah krn….saya tak boleh nak tinggalkan anak anak …
    mereka adalah 100% permata hati kami…alhamdulillah…

    semasa saya jaga kedai offline saya pun…anak anak mmg saya angkut bersama….

  7. By modelniaga on Jul 10, 2008 | Reply

    dengan ilmu duit akan datang. just do it apa yang kita belajar.. insyaallah ada pulangannya.. ada usaha ada habuannya..

  8. By zawiah on Jul 10, 2008 | Reply

    tima kasih modelniaga…
    sudi bertandang ke blog saya…..

    alhamdulillah….ilmu yg dicari…segalanya memudahkan….
    baru skrng terfikir….kenapa ada pepatah “tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina”….
    dgn ilmu juga….bekalan yg harus ditinggalkan utk anak anak…..
    bekalan dunia dn akhirat…..

Post a Comment

web site hit counter