Tiada siapa boleh menolaknya
Posted on Jan 28, 2008 under apa apa aje |Semalam 26/1/2008 saya mendapat 2 berita kematian , seorang adalah mak kpd kastemer saya dan
seorang lagi adalah rakan forum dan niaga saya di wmc. Inna lillah hi waiinna ilaihirajiunn.
Mak kastemer saya ni menghidap buasir tahap kronik dan tidak mendapat rawatan. Mak nya tidak ingin berjumpa doktor. Oleh kerana buasir yang tidak dijaga , maka penyakit itu telah menular menjadi kanser usus dan kanser hati.
Rakan ( ina) yang meninggal itu masih muda lagi, meninggalkan 3 orang anak yang masih kecil dan seorang suami.
Rupanya dia penghidap asma.
Rasa sedih dan terkejut juga mengenangkan semua ini , lebih lebih lagi ina, patut lah dia selalu mengatakan dirinya tak sihat.
Semoga arwah arwah berada dalam lingkungan orang yang dikasihi NYA.Amin.
Jaga lah kesihatan diri kita untuk anak anak dan keluarga.



















