cantiksihat.com| Cantik,sihat.Kehidupan sebagai ibu,isteri,anak.Sama sama mendapat panduan dan berkongsi pendapat .

Archives for melilea category


1 biji epal hijau, sesuku biji peria biasa atau peria katak, 1 tangkai celeri, 1 sudu besar madu & juga air masak secukupnya…

siapa berani try ??
Minuman khas (bagus untuk pengidap darah tinggi)

 

 

 

 

Tapi sebelum itu…saya dah shake Melilea Organik….

Dan dah order Omega 3….

 

 

Sebenarnya jus ini saya ingin cuba utk diri sendiri.

Walaupun tak sedap ke,sedap ke……saya mesti meminumnya

Sebab tekanan darah agak tinggi…..

Marah sunggoh doctor ……kater doctor” u boleh kena stroke kalu canni…”

Uhhhuuuhhuu…….sedih sunggoh…….bulan lepas pun darah mendadak naik….

 


Apakah aku mewarisi genetic dari arwah ayah……

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • RawSugar
  • Reddit
  • TailRank
  • YahooMyWeb

1197218834n09858.jpg

BERAT BADAN BERLEBIHAN DIKALANGAN WANITA

FAKTA kesihatan terbaru menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada penduduk di Malaysia didapati mengalami masalah berat badan berlebihan. Daripada jumlah itu, wanita merangkumi kira-kira 21.4 peratus berbanding lelaki sebanyak 20.1 peratus.

Perbezaan ketara itu pastinya cukup membimbangkan. Cuba lihat diri anda di dalam cermin. Adakah anda berpuas hati dengan bentuk badan yang dimiliki? Tidakkah anda bimbang memikirkan masalah kesihatan yang mungkin berpunca daripada keadaan badan anda itu?

Pakar pemakanan, Hanee Fakhrurazi, berkata berbanding lelaki, wanita lebih mudah mengalami masalah berat badan berlebihan berikutan pelbagai faktor yang dikatakan dikaitkan dengan peningkatan usia dan juga kemajuan teknologi.

“Peningkatan umur menyebabkan fisiologi badan yang turut mengalami perubahan. Semakin umur meningkat, jisim lemak turut bertambah dan ini menyebabkan wanita lebih mudah mengalami masalah berat badan. Selain itu, kehadiran teknologi yang seharusnya memudahkan tugasan di rumah secara tidak langsung menyebabkan kurangnya kegiatan harian.

“Dalam hubungan ini, wanita perlu lebih prihatin dengan keadaan diri mereka kerana masalah berat badan berlebihan bukan sekadar menjejaskan penampilan tetapi juga boleh menyebabkan kehadiran pelbagai penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi,” katanya ketika menyampaikan ceramai di Seminar Pemakanan dan Wanita, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua yang dijalankan pada 1996 menunjukkan masalah obesiti di kalangan wanita ialah 7.6 peratus atau hampir dua kali ganda berbanding lelaki dengan 4 peratus yang mengalami masalah sama.


Tidak perlu mengelakkan makan tengahari atau makan malam, sebaliknya strategi pengurusan yang betul mampu membantu anda mengurangkan berat badan, sekali gus memperoleh bentuk badan yang diimpikan.

“Jika mengurangkan pengambilan pemakanan dengan mengelakkan hidangan utama, anda sebenarnya hanya menimbulkan masalah kerana apabila perut terasa lapar, anda mungkin akan makan sebanyak-banyaknya. Ini disebabkan saraf tidak sempat memberi isyarat kepada otak yang perut sebenarnya sudah kenyang.”

“Cara terbaik ialah makan dengan perlahan dan pengurangan berat badan seharusnya berlaku secara beransur-ansur iaitu 10 peratus daripada berat badan asal bagi setiap bulan. Seelok-eloknya, antara 2 kg hingga 4 kg sebulan,” katanya lagi.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya wanita yang bermasalah berat badan berlebihan mengikuti empat langkah mudah iaitu tetapkan matlamat, tingkatkan aktiviti fizikal, biasakan cara hidup aktif dan makan secara sihat khususnya makanan tinggi serat.

Berita baik bagi wanita yang prihatin dengan masalah berat badan dihadapi. Jika selama ini anda menganggap sukar untuk mengurangkan pengambilan makanan, cara terbaik yang dicadangkan Persatuan Pemakanan Malaysia ialah dengan mengamalkan kaedah pemakanan seimbang.

“Cara terbaik ialah makan dengan perlahan dan pengurangan berat badan seharusnya berlaku secara beransur-ansur iaitu 10 peratus daripada berat badan asal bagi setiap bulan. Seelok-eloknya, antara 2 kg hingga 4 kg sebulan,” katanya lagi.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya wanita yang bermasalah berat badan berlebihan mengikuti empat langkah mudah iaitu tetapkan matlamat, tingkatkan aktiviti fizikal, biasakan cara hidup aktif dan makan secara sihat khususnya makanan tinggi serat.

Fakta:

Risiko Wanita Berlebihan Berat Badan

Strok

Hipertensi

Masalah respiratori

Penyakit jantung

Ketidakseimbangan hormon

Gout

Diabetis Mellitus

Osteoathritis

Kanser

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • RawSugar
  • Reddit
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Tak nak makan sayur.

fruit-basket-644840gif.jpg

 

Tak nak makan sayur !!! tak suka sayur, tak suka buah …….jangan risau…pasti ada penyelesainya. Jika anda biasa mendengar GREENFIELD ORGANIK MELILEA tentu anda sudah mengetahui kandungan didalamnya.

Mengandungi ± 27 jenis sayur sayuran didalamnya. Antaranya sekam bijian perang muda, bran oat, spirulina,lobak merah,bayam,saderi,rempah,kelp,chard swiss,saderi air, enzim betik,protein soya terhidrolisis, kubis daun,dulse,halia,protein soya dan pasli.

Salah satu cara yang mudah untuk anda mengekalkan nutrisi. Tanpa perlu memasak , ianya hanya semudah membuat minuman harian, malah menyihatkan dan mampu membekalkan nutrition pemakanan untuk anda.

Didalam sayur sayuran diatas itu sudah mengandungi khasiat khasiat yang tertentu yang boleh dimanfaatkan oleh badan kita.

“Makanan organik adalah ubat terbaik dan makanan terbaik adalah makanan organik”

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • RawSugar
  • Reddit
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Ceriakan hari anda!!

Semangat positif dapat ceriakan hidup kita

 

 

Mulai hari dengan penuh semangat positif adalah satu langkah positif untuk tetap ceria sepanjang hari. Salah satunya adalah menjauhi pikiran serta emosi negatif yang dapat ‘menyerap’ energi dan keceriaan.

Selalu

bersikap optimis serta menyelesaikan masalah yang masih menggantung adalah satu langkah sederhana, tetapi sekaligus juga efektif. Mulai hari dengan semangat positif, bermula dari dalam diri sendiri.

Bila pikiran positif sudah menjadi spirit untuk ‘membuka’ hari, sekitaran kita pun jadi terasa lebih menyenangkan.

Mengawal dengan sekadar senyum dan menyapa dgn tulus pun dapat membawa suasana ceria pada orang-orang terdekat. Lingkungan akan menjadi ikut ceria dengan ‘aura’ positif yang memancar keluar dari dalam diri anda.

Menyegarkan diri untuk membangkitkan semangat positif serta keceriaan, perlu dimulakan dengan pemakanan yang sihat.

Kesegaran akan membangkitkan semangat positif anda.

Mulakan langkah anda sekarang., jaga pemakanan, jaga gaya hidup dan jaga kesihatan.

Kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang.Orang yang pernah jatuh sakit dapat mengetahui berapa sihat itu adalah sesuatu yang indah sekali dalam hidup.

Beralihlah kepada gaya pemakanan yang sihat.

dipetik dari sumber web di internet dan juga olahan oleh admin.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • RawSugar
  • Reddit
  • TailRank
  • YahooMyWeb
web site hit counter