KHUTBAH HARI RAYA ‘IDUL ADHA DEWAN ULAMAK PAS KELANTAN
Muslimin muslimat
Diucapkan selamat Hari Raya Idul Adha semoga semua sihat dan aman sentosa. Pada hari yang berbahagia ini hendaklah kita menyambut Hari Raya Idul Adha dengan penuh kesyukuran kepada Allah serta mengingati kebesarannya dengan melafazkan kalimah takbir dan tahmid di samping melakukan ibadat korban baki sesiapa yang mempunyai kemudahan dan kemampuan.
Hari Raya ini dikenal dengan Hari Raya Haji kerana bersempena dengan umat Islam pada hari ini sedang berhimpun di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau dipanggil juga Hari Raya korban kerana diperintah supaya kita berkorban, sekaligus mengingatkan kita kembali sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s, ketika Allah S.W.T memerintah beliau menyembelih korban kesayangannya iaitu Nabi Ismail a.s.
Perintah ini dilakukan oleh Nabi Ibrahim dengan penuh keikhlasan dan keyakinan serta mengatasi perasaan sayang kepada anaknya. Begitu juga anaknya Ismail dengan rela hati menyerah dirinya untuk dikorbankan demi menjunjung perintah Allah. Walaupun Allah menggantikan penyembelihan anaknya dengan tebusan seekor kibas, tetapi Allah sifatkan Nabi Ibrahim itu telah mengorbankan anak sulungnya, Nabi Ismail kerana kesungguhan dan azamnya melaksanakan perintah Allah melalui mimpinya yang benar itu.
Seperti mana Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Saffaat ayat 103-105 yang bermaksud:
“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya, atas tompok tanah (untuk disembelih) serta kami menyerunya: Wahai Ibrahim, “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu,” demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan”.
Allah menjelaskan bahawa perintah kepada Nabi Ibrahim supaya menyembelihkan anaknya itu sebagai ujian. Seperti mana Firman Allah dalam Surah As-Saffaat ayat 106-107 yang bermaksud:
” Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata. Dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar (kibas).”
Kepatuhan yang ditunjukkan oleh Ibrahim dan anaknya Ismail a.s adalah hasil daripada kecintaan kepada Allah S.W.T mengatasi kecintaan kepada sesuatu yang lain. Sewajarnya kepatuhan yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua beranak ini menjadi ikutan dan tauladan kepada umat Islam pada hari ini dalam melaksanakan tuntutan dan perintah Allah S.W.T. Apa yang didapati pada hari ini terlalu banyak alasan yang sengaja dicari oleh pemimpin sekular pada hari ini untuk tidak terlaksana hukum Allah di atas muka bumi ini.
Allahhu Akbar Allahhu Akbar Allahhu Akbar WalilLah hilhamd.
Muslimin dan muslimat yang dikasihi, Selepas sahaja selesai mengerjakan solat ‘idul Adha, umat Islam yang berkemampuan diminta mengorbankan ternakan mereka sama ada kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan seumpamanya. Binatang yang hendak dikorbankan itu mestilah cukup umur, sihat, gemuk dan tidak cacat, pada masa yang sama suara takbir terus kedengaran untuk membesarkan keagungan Allah S.W.T.
Menyembelih binatang korban boleh dilakukan pada hari raya pertama ‘Idul Adha sehinggalah hari-hari Tasyrik selepasnya selama tiga hari di mana Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
” Setiap hari Tasyrik adalah penyembelihan”
Kesediaan sebilangan umat Islam untuk mengorbankan binatang ternakan mereka pada hari ini menunjukkan sifat berkorban dan bersedia untuk berkorban masih lagi menjadi satu pegangan hidup masyarakat Islam. Tetapi untuk apa mereka menyembelih binatang ternakan tersebut: Apakah untuk menunjuk-nunjuk harta dan wang ringgit yang mereka miliki atau benar-benar kerana ketaqwaan kepada Allah S.W.T? Inilah yang menjadi persoalan.
Apa yang lebih penting dan lebih utama ialah kesediaan umat Islam berkorban mesti berasaskan rasa taqwa kepada Allah dan melaksanakan segala suruhannya sesuai dengan firman Allah Ta’ala dalam Surah Yunus ayat ke-58 yang bermaksud:
“Katakanlah, dengan kurniaan Allah dan rahmatnya, hendaklah dengan itu mereka bergembira, kurniaan Allah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan”
Posted by zawiah | apa apa aje, tazkirah | Wednesday 5 November 2008 7:52 am
- Sekadar ingin berkongsi, jika boleh membantu:
Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, dan untuk keselamatan, sila
lakukanseperti berikut:
1.Sediakan air dalam satu bekas.
2.Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali,
surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali.
Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam
air.
3.Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, mulakan dengan merenjiskan air (biar basah) tersebut dengan memulakannya dari arah berikut:-
Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
Dari depan ke kiri.
Dari kiri ke belakang.
Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.
( sebelum dilakukan renjisan, buka semua pintu kereta )
4.Untuk lebihan air dalam bekas :-setelah selesai renjis, bergerak ke hadapan kereta dan simbahkan air (dengan menggunakan bekas yang kecil seperti timba kecil) kearah bumbung kereta dari depan ke belakang sampai habis sambil berselawat.
Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda
tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan
bertawakal kepada Allah.
Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu
dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki
kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.
P/S Biasanya arwah ayah yang selalu melakukan ,selepas dia solat hajat dia akan” memandikan “kereta
kami. Sekarang kami terpaksa lakukan sendiri. Ayah dah tak de, yang tinggal kenangan bersamanya.
Muga muga arwah ayah ditempatkan di tempat yang terpuji. Aminn. Al Fatihah untuk abah.
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ‘Inna lillahi
wainna illaihi rajiuun.’ Lalu sambil
berkata,’Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini’, sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara
ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang
yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau
membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada
org lain.
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN