diari ku 26.2.2008
Posted on Feb 26, 2008 under diari |Sering terlintas di fikiran ini…..
KENAPA? KENAPA?? DAN KENAPA???
sentiasa berligar di fikiran , tatkala melihat manusia lain hidup dengan senang lenang, gembira, kaya raya……tetapi aku???
Adakah ini satu persoalan tentang putus asa, kecewa, menyalahkan siapa?
Menyalahkan diri sendiri? menyalahkan takdir ? Menyalahkan Tuhan??
Masya allah….minta di jauhkan semua ini.
Sering ku tanya diri ini dan suami ku seketika, kenapa orang itu, tak pernah mengerjakan sembahyang dapat memiliki wang yang banyak, berbelanja sakan membeli barangan yang berharga….bersuka ria ke mana saja yang ingin dikinjungi nya……menikmati makanan yang mewah di kedai dan restoran setiap hari.
Kenapa aku sering diuji?
Suami ku menjawab “ untuk apa kita solat?” “……untuk dunia atau untuk akhirat?”
Tersentak aku…..aku lupa…..aku ingin
Aku sering terlupa…ampuni lah dosaku ya Allah.
Aku sering putus asa…..jauhi lah aku dari sifat putus asa…kerana ini merupakan kebencian
Tunjukkilah aku Jalan Yang Benar…..




















By titan on Mar 2, 2008 | Reply
Maka dengan itu. Semuanya kerana Dia. Yang maha pencipta lagi maha mengasihani..
By zawiah on Mar 3, 2008 | Reply
ya titan,
semuanya kuasa DIA,
kita hanya merancang, yg menentukan hanyalah DIA.
Krngkadang kita alpa dan lupa.