cantiksihat.com| Cantik,sihat.Kehidupan sebagai ibu,isteri,anak.Sama sama mendapat panduan dan berkongsi pendapat .

Amalan pemakanan sihat .

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

· Makanlah makanan yang halal dan punca rezeki yang tidak syak .

· Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “BismilLah” dan sudahi dengan “AlhamdulilLah”.

· Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

· Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

· Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

· Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

· Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

· Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

· Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan . (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi .

Sekarang perlu berhati hati untuk mengambil buah buahan ,perlu direndam dalam air terlebih dahulu untuk membuang racun/baja kimia yang di sembur.

Seelok nya gunakanlah pembersih buahan/sayuran yang selamat yang terdapat dalam pasaran sekarang nii.

· Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

· Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Elok juga berpuasa 1/ 2 kali seminggu. Ini adalah untuk proses pembersihan rohani dan jasmani, juga untuk proses pencernaan.

Sekiranya kita mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA KITA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN :- MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

Untuk kesihatan dan kecantikan perlu lah kita lakukan semua perkara dengan konsisten. Segala nya tidak mudah untuk dilakukan walaupun untuk kurus, cantik dan sihat.

Tiada  jalan singkat

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • RawSugar
  • Reddit
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Post a Comment

web site hit counter