KAITAN ANTARA AURA DAN DIRI
Aura memberi kesan pada diri. Oleh kerana ketidakupayaan ramai orang untuk melihat Aura secara terus dan teliti, ianya mencetuskan satu faktor psikologi dengan seolah-olah kita mendapati seseorang yang mempunyai Aura yang baik itu mempunyai daya tarikan yang sangat kuat. Ini adalah hasil dari bentuk, saiz dan juga warna Aura yang cantik yang mengelilingi seseorang individu itu. Aura juga bertindak sebagai pertahanan pertama tubuh dari penyakit dan juga unsur-unsur luar yang negatif. Aura diri dipengaruhi oleh faktor persekitaran, kesihatan, emosi dan lain-lain faktor. Apabila kita tidak sihat, Aura diri kita juga lemah. Begitu juga jika dalam status emosi yang tidak stabil (marah, sedih, kecewa dll) dan juga semasa kita di berada di persekitaran yang tidak ‘segar’ (kawasan sesak, pengkebumian, pencemaran dll).
Berada di tempat-tempat ini atau disituasi seperti yang disebutkan diatas akan mengecilkan Aura diri kita dan untuk individu yang Auranya sedia kecil, berada di tempat atau situasi tersebut akan memberi kesan terus kepada tubuh fizikal kerana lemahnya pertahanan pertama tubuh. Sebaliknya, individu yang mempunyai Aura yang baik mempunyai pertahanan diri yang bagus, baik dari penyakit, unsur negatif ataupun lain-lain faktor persekitaran. Aura berhubung secara langsung dengan minda bawah sedar kita. Makanya, individu yang mempunyai Aura yang baik dapat ‘berkomunikasi’ dengan lebih baik dengan minda bawah sedarnya dan seterusnya mendapat gerak rasa dan juga reflek yang baik. Dengan kata lain, Aura sangat membantu kita dalam membuat keputusan dan sebagai alat untuk memudahkan rutin seharian kehidupan kita.
Amalan orang-orang dahulu iaitu mandi bunga atau sekurang-kurangnya menyelitkan bunga di telinga ada manfaatnya yang tersendiri. Bunga secara umumnya menyerap tenaga sekeliling terutamanya tenaga matahari dan menyimpan tenaga tersebut seperti mana tubuh kita juga. Selain dari itu, bunga juga mempunyai tenaganya yang tersendiri dan juga frekunsinya. Lain warna bunga maka berbeza juga frekunsi yang dihasilkannya dan sebenarnya frekunsi ini adalah sama dengan frekunsi tubuh kita. Maka orang-orang dahulu menjadikannya sebagai medium meningkatkan Aura diri selain khasiat bunga itu sendiri yang sangat baik untuk diri dan juga mempunyai kandungan yang dapat merawat dan diketahui dapat menenangkan perasaaan dan dapat membangkitkan semangat / Aura seseorang itu.
Mengikut hukum, badan yang penuh dengan tenaga negatif akan menyingkiran tenaga positif badan dan proses penyingkiran tenaga positif ini jauh dari badan akan menarik pula tenaga negatif sekeliling semakin dekat dengan badan. Ini menghasilkan daya tenaga negatif yang semakin kuat dan cara untuk mengimbangkannya dan seterusnya meningkatkan daya positif diri adalah dengan cara berfikiran dan bersikap positif. Selain dari itu, mandi bunga juga boleh diamalkan untuk meningkatkan kembali Aura badan kita. Individu yang mempunyai Aura yang cantik lumrahnya disenangi, bertuah dan juga lebih tenang manakala individu yang Auranya buruk walaupun mempunyai rupa paras yang cantik atau kacak, tetapi tiada daya penarik selain dari cepat murung, banyak masalah tidak dapat diselesaikan, cepat marah dan juga stress.
Stress juga merupakan salah kesan dari tidak mempunyai Aura yang baik. Apabila kita dalam masalah, Aura kita menjadi tidak seimbang, kecil dan juga didominasi oleh satu-satu warna yang berkaitan dengan permasalahan kita (contohnya merah untuk marah). Apabila kita tidak mengambil langkah untuk memperbaharui atau memperbaiki Aura ini, Aura negatif ini akan mempengaruhi kita dan seterusnya stress berlaku. Semakin lama stress ini semakin parah dan seterusnya memberi kesan kepada kehidupan kita dan malangnya, stress ini boleh dielakkan dengan memperbaiki Aura kita yang lumrahnya mudah untuk dilakukan tetapi kerap kali diabaikan oleh kita. Selain itu, Aura yang baik berkebolehan untuk diharmonikan dengan Aura milik individu yang lain dengan lebih mudah. Atau dengan kata lain, semakin baik Aura seseorang itu, semakin mudah Aura tersebut untuk diselaraskan dengan Aura milik individu yang lain dan begitu juga sebaliknya semakin sukar untuk menserasikan Aura yang tidak baik dengan Aura individu lain. Ini amat berguna dalam perhubungan suami isteri ataupun keluarga yang kerap melakukan transaksi tenaga kerana tabiat Aura adalah sentiasa bertukar-tukar tenaga dengan orang disekeliling kita dan oleh itu, semakin rapat kita dengan seseorang, semakin kerap tenaga kita bertukar-tukar dengan tenaganya yang memberi maksud, Aura yang seimbang, harmoni dan punya frekunsi yang sama mampu membuatkan hubungan lebih bahagia dan harmoni.
Individu yang tidak menjaga Auranya berhadapan dengan permasalahan seperti mana seseorang individu itu tidak menjaga kesihatannya. Tanpa Aura yang baik, individu tersebut akan mudah patah semangat, cepat marah, semakin berfikiran negatif, sukar menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi perkara yang negatif. Untuk meningkatkan Aura tidak sukar tetapi selalunya tidak dititik bereratkan oleh sebilangan besar masyarakat. Konsep asas untuk peningkatan Aura adalah sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik. Orang yang berhati mulia dan kuat pegangan agamanya secara lumrahnya mempunyai Aura yang baik manakala orang yang berfikiran kotor dan busuk hati, kuat mengata mempunyai Aura yang tidak baik. Selain dari cara diatas, pemakaian produk Aura Seri juga dapat membantu meningkatkan dan seterusnya mengekalkan Aura yang baik tersebut.




















