Berat badan berlebihan berlaku dikalangan wanita
Posted on Mar 24, 2008 under kecantikan, melilea, organic |BERAT BADAN BERLEBIHAN DIKALANGAN WANITA
FAKTA kesihatan terbaru menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada penduduk di
Perbezaan ketara itu pastinya cukup membimbangkan.
Pakar pemakanan, Hanee Fakhrurazi, berkata berbanding lelaki, wanita lebih mudah mengalami masalah berat badan berlebihan berikutan pelbagai faktor yang dikatakan dikaitkan dengan peningkatan usia dan juga kemajuan teknologi.
“Peningkatan umur menyebabkan fisiologi badan yang turut mengalami perubahan. Semakin umur meningkat, jisim lemak turut bertambah dan ini menyebabkan wanita lebih mudah mengalami masalah berat badan. Selain itu, kehadiran teknologi yang seharusnya memudahkan tugasan di rumah secara tidak langsung menyebabkan kurangnya kegiatan harian.
“Dalam hubungan ini, wanita perlu lebih prihatin dengan keadaan diri mereka kerana masalah berat badan berlebihan bukan sekadar menjejaskan penampilan tetapi juga boleh menyebabkan kehadiran pelbagai penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi,” katanya ketika menyampaikan ceramai di Seminar Pemakanan dan Wanita, di
Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua yang dijalankan pada 1996 menunjukkan masalah obesiti di kalangan wanita ialah 7.6 peratus atau hampir dua kali ganda berbanding lelaki dengan 4 peratus yang mengalami masalah sama.
Tidak perlu mengelakkan makan tengahari atau makan malam, sebaliknya strategi pengurusan yang betul mampu membantu anda mengurangkan berat badan, sekali gus memperoleh bentuk badan yang diimpikan.
“Jika mengurangkan pengambilan pemakanan dengan mengelakkan hidangan utama, anda sebenarnya hanya menimbulkan masalah kerana apabila perut terasa lapar, anda mungkin akan makan sebanyak-banyaknya. Ini disebabkan saraf tidak sempat memberi isyarat kepada otak yang perut sebenarnya sudah kenyang.”
“Cara terbaik ialah makan dengan perlahan dan pengurangan berat badan seharusnya berlaku secara beransur-ansur iaitu 10 peratus daripada berat badan asal bagi setiap bulan. Seelok-eloknya, antara 2 kg hingga 4 kg sebulan,” katanya lagi.
Selain itu, beliau mencadangkan supaya wanita yang bermasalah berat badan berlebihan mengikuti empat langkah mudah iaitu tetapkan matlamat, tingkatkan aktiviti fizikal, biasakan cara hidup aktif dan makan secara sihat khususnya makanan tinggi serat.
Berita baik bagi wanita yang prihatin dengan masalah berat badan dihadapi. Jika selama ini anda menganggap sukar untuk mengurangkan pengambilan makanan, cara terbaik yang dicadangkan Persatuan Pemakanan
“Cara terbaik ialah makan dengan perlahan dan pengurangan berat badan seharusnya berlaku secara beransur-ansur iaitu 10 peratus daripada berat badan asal bagi setiap bulan. Seelok-eloknya, antara 2 kg hingga 4 kg sebulan,” katanya lagi.
Selain itu, beliau mencadangkan supaya wanita yang bermasalah berat badan berlebihan mengikuti empat langkah mudah iaitu tetapkan matlamat, tingkatkan aktiviti fizikal, biasakan cara hidup aktif dan makan secara sihat khususnya makanan tinggi serat.
Fakta:
Risiko Wanita Berlebihan Berat Badan
Strok
Hipertensi
Masalah respiratori
Penyakit jantung
Ketidakseimbangan hormon
Gout
Diabetis Mellitus
Osteoathritis
Kanser



















