cantiksihat.com| Cantik,sihat.Kehidupan sebagai ibu,isteri,anak.Sama sama mendapat panduan dan berkongsi pendapat .

Cara cara bersolek

 

 

 1188131048osd9sb.jpg


 

Cara cara bersolek

 

Bersolek bermaksud mendandan diri dengan kemas agar kelihatan ceria dan tampil menawan. Ada yang menggunakan alat mekap yang ringkas, malah ada juga yang menggunakan pelbagai warna dan jenama mahal yang sesuai dengan kulit dan warna muka.

Bersolek bukan sekadar menempek alat mekap pada wajah tetapi dengan pemilihan warna yang betul, anda bukan saja kelihatan cantik tetapi secara tidak langsung anda juga yakin dengan penampilan diri.

Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.

Nancy Tan, dari Nu Skin berkata, solekan bermula dengan membasuh wajah sebelum menyegar dan melembab. Kemudian bedak asas disapukan mengikut kesesuaian kulit si pemakai.

“Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan,” katanya.

 

Memakai bedak asas juga kata Nancy memerlukan berus atau span yang sesuai bukan menempeknya dengan tangan.

“Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering,” jelasnya.

Tambah Nancy, dalam bersolek jangan sesekali menggunakan jari sama ada mencampurkan warna atau mengambil warna dari bekasnya kerana ia akan tidak akan membantu mencantikkan wajah.

Teknik Bersolek

Langkah satu:

Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (walau sebenarnya dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu.

Kata Nancy, mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.

Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.

Langkah dua:

Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata.

Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian ‘tajamkan’ penampilan mata dengan celak.

“Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul,” katanya.

Langkah tiga:

Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak senada. Manakala untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis ‘shimmer’.

“Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang,”katanya.

Langkah empat:

Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik.

Secara teorinya kata Nancy, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.

Apa patut tahu

Warna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perak

Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah

Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai

Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.

Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.

 

p/s

Saya suka melihat orang berdandan…..cantik kata hati, lawa nya orang tuu….

Tapi saya tak pandai melawa, setakat bergincu dan berbedak ala kadar….itu sahaja….itu pun kalo rajin , tengok mood…..

Tapi apa yang perlu kita ingat , sentiasalah memakai pencuci muka yang sesuai, moisturizer, foundation…..ini adalah asas utk menjaga muka agar dilindungi .

Ni saya terjumpa satu artikel yang pada pandangan saya menarik….boleh untuk sama sama kita sharekan…..

Terima kasih kepada penulisnya.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • RawSugar
  • Reddit
  • TailRank
  • YahooMyWeb


5 Responses to “Cara cara bersolek”

  1. By fiona on May 18, 2008 | Reply

    erm dlu saya pernah belajar mata pelajaran vakosional kecantik dan rawatan muka….
    tapi tak habis pun sbb sy dapat tawaran belajar di tempat lain….kenapa kita perlu memulakan dari kelopak mata dahulu utk bersolek?????

  2. By zawiah on May 23, 2008 | Reply

    bagus la fiona….
    dapat belajar serba sikit ttg rawatan muka dan ‘kecantikan….

    akak nii ..tak pernah belajar…
    belajar tengok orang bersolek…dalam hati kater cun nyaa….
    nak apply sendiri tak reti la plakk…

  3. By mira on Jul 16, 2008 | Reply

    saya ingin mekap muke saya tapi saya tak tahu cara ape yang sesuai dengan wajah saya

  4. By zawiah on Jul 17, 2008 | Reply

    salam mira…
    boleh cuba dgn makeup yg biasa …
    cuba calit calit…
    lelama akan lagi pro…

    yg biasa diguna
    blusher,eye shadow,lipstick,
    eye liner…
    dan serba sikit berus utk makeup
    carik warna earth…atau warna yg sesuai utk
    semua keadaan

    tk payah beli brng yg mahal …
    cuba yg biasa biasa dulu…

    practice make perfect..

  5. By hambaallah on Sep 7, 2008 | Reply

    muka asli insyaallah lg lawa..
    kalau ambil wudhu’ lima kali sehari(nak solat) lagi berseri banding ngan orang yg solek2 ni..
    walaupun kat dunia tak nmpk sgt(tpi ada), kat akhirat beribu-ribu kaliganda cahayanya..

    “sesungguhnya allah tidak melihat bentuk badanmu dan rupa parasmu, tetapi melihatpada niat dan keikhlasan hatimu”
    -hadith r.muslim-

    “sesungguhnya kami menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk”
    _at-tin:4_

    so,
    x slah nak pakai bedak, celak..
    asal ia x berlebihan.
    apatah lg klu yg dah bersuami..
    pastinya suami(bg yg soleh) x selesa di rumah kalau isterinye..bila keluar solek habis-habisan..kat rumah biase2 je..patutnye kt berhias utk suami..bukan utk org lain..

    ingatlah..barangsiapa yg bersolek atau menunjukkan keindahan wajah dan tubuhnya agar org lain terpegun dan jatuh hati,pada hari khirat nnt, dia kan memotong0-motong badannya sendiri. itu azab y dijanjikan oleh allah. dan nabi sendiri telah melihatnya dlm isra’ mi’raj..
    sme2 kt renungkan..
    “sampaikanlah ajaranku wlpn sepotong ayat..”
    _nabi muhammad s.a.w_

Post a Comment

web site hit counter