PELIHARALAH HATI ANDA
1.Hati yang selalu mencintai ALLAH dengan bukti ia banyak mengingatiNYa.
2.Hati yang sentiasa mendorong orang yang memilikinya untuk selalu kembali kepada Allah dan bergantung kepadaNya.
3.Jasmani merasa letih dalam berkhidmat kepada Allah, sementara hati tidak jemu.
4.Hati yang sentiasa merindui untuk berkhidmat kepada ALLAH.
5.Apabila tiba menunaikan solat, maka kegundahan dan masalah dunia terasa hilang baginya.
6.Hati yang begitu mengambil berat terhadap waktu, dikhuatiri waktu itu hilang tanpa melakukan ketaatan kepada Allah.
7.Hati yang sentiasa memberi perhatian terhadap kualiti amal berbanding kuantitinya.
8.Apabila ia tidak sempat berwirid kepada Allah, dia akan menyesal melebihi penyesalan orang yang kehilangan hartanya.
9.Hati yang menjadikan dirinya hanya untuk Allah – ketaatan hanya pada Allah.
10.Hati yang berasa tenteram bersama Allah – apabila mengadu kepadaNya.
11.Hati yang menjadikan kalam Allah sebagai sesuatu yang dicintainya.
Jagalah “hati”…..berzikir dan berdoa dan jauhkan pergaulan dengan orang orang yang mempunyai sifat dan hati yang hitam.
Ya allah….jauhkanlah dan lindungi aku dari penyakit penyakit hati. Aminnn…


















