cantiksihat.com| Cantik,sihat.Kehidupan sebagai ibu,isteri,anak.Sama sama mendapat panduan dan berkongsi pendapat .

Glaukoma- info

Glaukoma

Glaukoma ialah sejenis penyakit mata. Terdapat empat jenis glaukoma yang lazimnya berlaku,iaitu, glaukoma akut/glaukoma sudut tertutup, glaukoma kronik/glaukoma sudut terbuka, glaukoma sekunder dan glaukoma kongenital. Kesemua empat jenis glaukoma ini dicirikan oleh peningkatan tekanan di dalam bola mata. Oleh yang demikian, kesemuanya boleh menyebabkan kerosakan pada saraf optik secara beransur-ansur.

Ketika keadaan saraf optik menjadi bertambah teruk, perubahan turut berlaku pada titik buta dan medan penglihatan yang boleh membawa kepada kebutaan kemudiannya. Semua jenis kebutaan yang disebabkan oleh glaukoma sebenarnya boleh dielakkan jika ianya dapat dikesan lebih awal. Glaukoma tidak boleh disembuhkan, namun dalam kebanyakan kes ia dapat dirawat dengan baik jika rawatan yang tepat diberikan.

Tanda Dan Gejala

Glaukoma Akut/Glaukoma Sudut Tertutup

*Sakit mata yang teruk

*Kabur penglihatan

*Penglihatan tidak jelas dan terdapatnya kesan halo (bulatan cahaya pada sekeliling cahaya lampu)

*Mata menjadi merah, keras dan sensitif

*Anak mata hitam (pupil) membesar

*Loya dan muntah

*Terasa sakit di dahi atau kepala

** Gejala ini wujud dengan cepat sekali jika ia berlaku di kalangan warga tua, terutama bagi mereka yang rabun dekat.

Glaukoma Kronik/Glaukoma Sudut Terbuka

*Lazimnya ia tidak menunjukkan sebarang gelaja

*Pesakit kerap menukar kaca mata tetapi tidak ada satupun yang sesuai.

*Tidak dapat menyesuaikan mata ketika berada di dalam bilik gelap, misalnya dalam pawagam.

*Hilang penglihatan secara beransur-ansur.

*Penglihatan menjadi kabur atau berkabut.

*Sakit kepala sederhana yang berpanjangan

*Nampak pelangi- bulatan cahaya berwarna-warni di sekeliling sinar lampu.

Catatan: Selalunya tidak terdapat gejala sehinggalah di peringkat yang telah lewat. Peningkatan tekanan dalam mata berlaku selepas beberapa bulan atau tahun.

Komplikasi

Hilang penglihatan sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

 

 

p/s kredit kepada empunya penulis.TQ 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • RawSugar
  • Reddit
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Post a Comment

web site hit counter