apa itu kolesterol?

Kebiasaannya, juka disebut kolesterol, ia berkait rapat dengan makan yang kita ambil. Kolesterol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kolesterol baik, HDL (high density lipoprotein) dan kolesterol jahat, LDL (low density lipoprotein).
LDL merupakan penyebab utama masalah jantung kerana ia menyebabkan plak terbentuk di dalam pembuluh darah. Untuk mengurangkan tahap LDL, anda perlu bijak memilih makanan daripada sumber lemak tidak tepu berbanding makanan yang terdiri daripada lemak tepu. Sebagai contoh minyak tidak tepu ialah minyak kanola dan minyak zaitun.
HDL pula merupakan lemak yang baik untuk kesihatan. Cara mudah untuk meningkat kadar HDL ialah dengan membanyakkan senaman, berhenti merokok dan dapatkan berat badan yang ideal. Setiap wanita dan lelaki berisiko tinggi menghidap penyakit jantung apabila kadar kolesterol dalam darah berada pada tahap yang tinggi. Malah risiko serangan strok juga akan berlaku apabila pembuluh darah mula menyempit dan menyukarkan aliran oksigen ke otak. Risiko ini semakin meningkat apabila seseorang wanita itu telah menopaus. Ini kerana pada waktu ini HDL akan menurun dan LDL akan meningkat.
Selain daripada mengawasi pengambilan makanan, pemeriksaan tahap kolesterol amat digalakkan. Untuk lelaki, pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berjadual jika anda telah berumur 35 tahun ke atas. Manakala bagi wanita pula, sebaik sahaja berumur 45 tahun ke atas. Tahap kolesterol dalam darah yang terbaik ialah 200. 200 hingga 239 merupakan tahap yang perlu diaawasi. Dan jika tahap kolesterol telah mencapai 240 ke atas, ini bermakna anda mudah mendapat serangan penyakit jantung.
dipetik dari laman tips dan petua