Info tentang buasir
Posted on Jan 30, 2008 under organik,naturopathy |
BUASIR
Buasir atau hemorrhoids merupakan keluhan mereka yang kerap sembelit. Lain-lain faktor yang boleh menyebabkan buasir ialah keadaan meneran (mereka yang sering mengangkat berat dan menjerit), pekerjaan yang duduk lama di atas kerusi keras (pemandu lori, pemacu kuda), mengandung dll lagi.
Buasir adalah sebenarnya kusyen tisu jaringan salur darah yang mengembang di bahagian dubur. Tanda buasir dalaman ialah selepas membuang najis, ia diikuti dengan titisan darah merah sementara tanda buasir luaran ialah bengkak di bahagian dubur yang kadangkalanya menyakitkan.
Pesakit buasir hendaklah mengelakkan dari sembelit (minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan). Makanan yang pedas dan berempah juga eloklah dielakkan. Perbuatan yang menjurus kepada meneran hendaklah dihindarkan
p/s
sebaik nya makanan yang berserat adalah yang terbaik untuk masaalah sembelit dan buasir nii.


















