cantiksihat.com| Cantik,sihat.Kehidupan sebagai ibu,isteri,anak.Sama sama mendapat panduan dan berkongsi pendapat .

Sakit kepala

sa.jpg

Sakit kepala ?? Migrain ??

Kebanyakan kita apabila sakit kepala atau migrain mesti telan panadol , ponstan untuk meredakan sakit kepala ? Dan juga kebanyakan nya mengambil ringan tentang perihal sakit kepala , kerana merasakan ia adalah perkara remeh .

Pagi tadi di MHI ada perbincangan tentang sakit kepala / migrain. Saya nii memang cukup berminat jika ada perbincangan tentang kesihatan , suka saya mendengarnya.

Kata doktor tadi anda semua harus tahu dalam sebulan berapa kali anda diserang migrain atau sakit kepala? Jika berlaku berulang kali perlu kita membuat checkup dengan doktor atau pun hospital untuk mengetahui tahap kesihatan kita.

Tips ketika sakit kepala yang tidak kronik :

1. Baring dan tidur di tempat yang kurang cahaya dan jauh dari kebisingan.

2. Cuba letakkan ketulan ais dengan membungkusnya di dalam towel dan letakkan di kepala/dahi .

3. Cuba ambik air suam sekerap nya agar kita dapat membuang air kecil kerana dengan itu juga kita dapat membuang kekotoran didalam badan.

4. Cuba mengambil makanan / dinner pada masa yang tetap untuk elakkan perut masuk angin.

Apa yang perlu diambil / dijauhi oleh orang yang sering sakit kepala/migrain.

1. Jauhkan dari mengambil kafein seperti kopi, nescaffe dan tea (sekarang ni banyak sangat kopi segera, saya pun tak tahu adakah ia baik disegi kesihatan atau tidak )

2. Jangan ambik makanan yang diperam seperti tempoyak, jeruk, makanan dalam tin.

Perlu perhatian oleh orang sering sakit kepala / migrain.

1. Sakit kepala disertai dengan mual dan muntah.

2. Sebelum ini tidak pernah sakit kepala tetapi apabila telah menginjak ke umur 40 an diserang sakit kepala.

3. Sakit kepala yang berterusan selama beberapa hari.

4. Walaupun makan ubat, tetapi sakit kepala tetap berterusan tak berenti.

5. Ubat sakit kepala yang di beri doktor sudah tidak memberi kesan lagi (dah bo jalan dahhh)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • RawSugar
  • Reddit
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Post a Comment

web site hit counter