solat dhuha cabang kesihatan anda

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Thursday 2 July 2009 12:35 am

solat

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

dipetik dari : alivewire.wordpress.com

sistem badan/body

Posted by zawiah | diari, kecantikan, kesihatan, naturopathy | Thursday 25 June 2009 12:34 am

gr2007012200620

Keajaiban molekul air

Posted by zawiah | apa apa aje, diari, kecantikan, kesihatan | Thursday 8 January 2009 8:00 am

Keajaiban Molekul Air

 

 “Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup”(QS. Al-Anbiya : 30).Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air.Air murni dari mata air di Pulau Honshu dido’akan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi.

Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama.

 Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan do’a Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.

Semasa di suatu seminar yang rata – ratanya dihadiri oleh bukan Islam , Prof .Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah , berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan .

 

(more…)

sekadar berkongsi

Posted by zawiah | apa apa aje, tazkirah | Wednesday 5 November 2008 7:52 am

 

- Sekadar ingin berkongsi, jika boleh membantu:


Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, dan untuk keselamatan,  sila
lakukanseperti berikut:

 

1.    Sediakan air dalam satu bekas.

2.    Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali,
surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali.
Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam
air.

3.    Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, mulakan dengan merenjiskan air  (biar basah)  tersebut dengan memulakannya dari arah berikut:-
Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
Dari depan ke kiri.
Dari kiri ke belakang.
Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.  

( sebelum dilakukan renjisan, buka semua pintu kereta )

4.    Untuk lebihan air dalam bekas :-  setelah selesai renjis, bergerak ke hadapan kereta dan simbahkan air (dengan menggunakan bekas yang kecil seperti timba kecil) kearah bumbung kereta dari depan ke belakang sampai habis sambil berselawat.   

Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda
tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan
bertawakal kepada Allah.

Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu
dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki
kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.

 

P/S Biasanya arwah ayah yang selalu melakukan ,selepas dia solat  hajat dia akan” memandikan “kereta

kami. Sekarang kami terpaksa lakukan sendiri. Ayah dah tak de, yang tinggal kenangan bersamanya.

Muga muga arwah ayah ditempatkan di tempat yang terpuji. Aminn. Al Fatihah untuk abah.

Peliharalah hati kita

Posted by zawiah | kecantikan, tazkirah | Tuesday 13 May 2008 3:46 am


PELIHARALAH HATI ANDA

 

1.Hati yang selalu mencintai ALLAH dengan bukti ia banyak mengingatiNYa.

2.Hati yang sentiasa mendorong orang yang memilikinya untuk selalu kembali kepada Allah dan bergantung kepadaNya.

3.Jasmani merasa letih dalam berkhidmat kepada Allah, sementara hati tidak jemu.

4.Hati yang sentiasa merindui untuk berkhidmat kepada ALLAH.

5.Apabila tiba menunaikan solat, maka kegundahan dan masalah dunia terasa hilang baginya.

6.Hati yang begitu mengambil berat terhadap waktu, dikhuatiri waktu itu hilang tanpa melakukan ketaatan kepada Allah.

(more…)