sistem badan/body

Lama tak menulis….
Maaf ya member member ku sekalian….
Pergi melawat
Naper jadi gitu erkkk….
Saya mendapat tips dari Pakdi.net….
Tips kenaikan minyak….amat bagus…
Apa yang dapat saya ulaskan disini…ialah jangan sesakali menjatuhkan mengurangkan/menurunkan ekonomi keluarga disebabkan keadaan ekonomi yang semakin tegang sekarang.
Sering terlintas di fikiran ini…..
KENAPA? KENAPA?? DAN KENAPA???
sentiasa berligar di fikiran , tatkala melihat manusia lain hidup dengan senang lenang, gembira, kaya raya……tetapi aku???
Adakah ini satu persoalan tentang putus asa, kecewa, menyalahkan siapa?
Menyalahkan diri sendiri? menyalahkan takdir ? Menyalahkan Tuhan??
Masya allah….minta di jauhkan semua ini.
Sering ku tanya diri ini dan suami ku seketika, kenapa orang itu, tak pernah mengerjakan sembahyang dapat memiliki wang yang banyak, berbelanja sakan membeli barangan yang berharga….bersuka ria ke mana saja yang ingin dikinjungi nya……menikmati makanan yang mewah di kedai dan restoran setiap hari.
Kenapa aku sering diuji?
Suami ku menjawab “ untuk apa kita solat?” “……untuk dunia atau untuk akhirat?”
Tersentak aku…..aku lupa…..aku ingin
Aku sering terlupa…ampuni lah dosaku ya Allah.
Aku sering putus asa…..jauhi lah aku dari sifat putus asa…kerana ini merupakan kebencian
Tunjukkilah aku Jalan Yang Benar…..