Selulit

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Monday 29 June 2009 10:43 pm


SELULIT

selulit


TIADA apa yang paling dibenci wanita melainkan memiliki permukaan kulit tubuh yang merekah dan berketak-ketak seakan permukaan kulit buah oren atau lebih dikenali ramai dengan nama, selulit.


Lebih menakutkan wanita, selulit menyerang tanpa mengenal usia dan bentuk tubuh seseorang. Memang, mungkin ramai sering beranggapan selulit berkait rapat dengan kegemukan. Hakikatnya, anda silap.

Selulit bukan hanya dialami oleh wanita atau lelaki yang gemuk atau obesiti. Malah mereka yang kurus dan tinggi lampai juga tidak terkecuali mengalaminya. Jadi, jika anda termasuk dalam golongan ini, apakah yang boleh anda lakukan bagi memerangi selulit?

Menurut Pakar Pengurangan Berat Badan, Femme Slender, sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh wanita mahupun lelaki untuk membuang atau mengusir selulit mereka dengan lebih berkesan.

Sebelum itu, apa yang perlu dilakukan adalah mengenali apa itu selulit dan kenapa anda mengalaminya. Selulit adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada lebihan lemak terkumpul yang menyebabkan wujudnya permukaan kulit yang tidak rata atau merekah-rekah. Transformasi kulit ‘baru’ ini selalunya muncul pada paha dan punggung.

Ramai selalu salah anggap lemak itu adalah selulit. Sedangkan bukan semua lemak mendatangkan keburukan. Lemak sebenarnya menjadi penebat untuk tubuh dan kusyen bagi organ, otot dan saraf. Malah permukaannya juga rata dan lembut.

Justeru, kenapa seseorang itu ‘diserang’ selulit?

Selalunya, ia kerap terjadi pada perempuan yang sudah akil baligh. Sebabnya, peningkatan estrogen yang berlaku ekoran perubahan hormon boleh menyumbang kepada kewujudan dan bertambahnya masalah selulit.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan semula jadi pada tisu perantara wanita, dikenali sebagai septa yang memastikan lemak berada dalam kedudukannya.

Tisu-tisu dalam tubuh wanita sebenarnya tidak anjal. Jadi, apabila berlakunya pertambahan berat badan, sel lemak akan bertambah dan keadaan itu akan menyebabkan wujudnya bonjolan pada permukaan kulit sehingga kelihatan hodoh.

Jadi, bagaimana caranya untuk wanita menyingkirkan selulit ini? Apa yang perlu anda lakukan sebenarnya cukup mudah. Hanya mulakan dengan mengambil buah-buahan dan sayuran segar seperti buah beri, ceri, sitrus, kubis bunga, brokoli, tomato dan kacang pea.

Kesemua makanan ini mengandungi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan keanjalan septa yang secara tidak langsung berperanan dalam memastikan selulit berada di bawah permukaan kulit.

Selain itu, anda boleh mengambil beberapa jenis vitamin yang bagus dalam diet anda. Sebabnya, vitamin dan mineral dapat membantu sel-sel berfungsi secara normal.

Cara lain untuk mewujudkan septa yang lebih anjal adalah dengan mengelakkan pengambilan tembakau (rokok), kafein, bahan mengawet dan makanan pedas dalam diet harian anda.

Malah, bukti juga menunjukkan senaman yang dilakukan secara rutin dapat membantu membakar lemak dan menguatkan otot tubuh yang secara tidak langsung membantu mengurangkan kehadiran selulit.

Senaman yang dilakukan secara rutin ini berfungsi untuk membuang toksin yang menyebabkan selulit selain membawa nutrien ‘baru’ pada kulit.

Tekanan sebenarnya boleh mendorong wujudnya selulit. Apabila tertekan, tubuh akan mengeluarkan hormon adrenalin yang terus memasuki sel darah untuk bertindak balas pada otot seperti triceps, biceps dan quadriceps sebagai pelindungan. Maknanya, darah tidak sampai pada kulit dan mengurangkan peredaran serta tidak banyak toksin dibuang daripada tubuh.

Kadang-kadang dengan hanya menarik nafas panjang sudah dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Cuba teknik ini. Tarik nafas untuk sesaat. Kemudian tahan nafas itu selama empat saat sebelum hembuskan secara perlahan-lahan selama dua saat.

Atau anda boleh menggunakan berus besar yang mempunyai permukaan rata serta bulu yang keras untuk kulit anda. Berus seperti ini dapat membantu memerangi selulit kerana ia mampu merangsang peredaran darah langsung menyuburkan tisu-tisu dan berkesan membuang toksin dalam badan.

Mulakan menggosok dengan lembut di buku lali dengan gerakan bulatan dan terus ke paha dan jika perlu hingga ke pangkal paha.

Akhir sekali, jangan lupa minum air dengan jumlah yang mencukupi. Ia penting kerana dapat membantu membuang toksin daripada badan dan membantu mengekalkan keanjalan septa.

dipetik dari berita harian online

apa itu kolesterol?

Posted by zawiah | alpha lipid, kecantikan, kesihatan, naturopathy, organik,naturopathy | Monday 29 June 2009 8:22 pm

lifecycle_of_lipoproteins

Kebiasaannya, juka disebut kolesterol, ia berkait rapat dengan makan yang kita ambil.  Kolesterol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kolesterol baik, HDL (high density lipoprotein) dan kolesterol jahat, LDL (low density lipoprotein).

LDL merupakan penyebab utama masalah jantung kerana ia menyebabkan plak terbentuk di dalam pembuluh darah.  Untuk mengurangkan tahap LDL, anda perlu bijak memilih makanan daripada sumber lemak tidak tepu berbanding makanan yang terdiri daripada lemak tepu.  Sebagai contoh minyak tidak tepu ialah minyak kanola dan minyak zaitun.

HDL pula merupakan lemak yang baik untuk kesihatan. Cara mudah untuk meningkat kadar HDL ialah dengan membanyakkan senaman, berhenti merokok dan dapatkan berat badan yang ideal.  Setiap wanita dan lelaki berisiko tinggi menghidap penyakit jantung apabila kadar kolesterol dalam darah berada pada tahap yang tinggi.  Malah risiko serangan strok juga akan berlaku apabila pembuluh darah mula menyempit dan menyukarkan aliran oksigen ke otak.  Risiko ini semakin meningkat apabila seseorang wanita itu telah menopaus.  Ini kerana pada waktu ini HDL akan menurun dan LDL akan meningkat.

Selain daripada mengawasi pengambilan makanan, pemeriksaan tahap kolesterol amat digalakkan.  Untuk lelaki, pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berjadual jika anda telah berumur 35 tahun ke atas.  Manakala bagi wanita pula, sebaik sahaja berumur 45 tahun ke atas.  Tahap kolesterol dalam darah yang terbaik ialah 200200 hingga 239 merupakan tahap yang perlu diaawasi.  Dan jika tahap kolesterol telah mencapai 240 ke atas, ini bermakna anda mudah mendapat serangan penyakit jantung.

dipetik dari laman tips dan petua

proses urutan wajah

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Thursday 25 June 2009 12:39 am

prosesurutanwajah1

Natural Weight Loss Supplement- Are they realy safe?

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Saturday 31 January 2009 6:05 am

Natural weight loss supplements come in different forms and presentations. They can be sold to the public as pills, capsules, beverages and so on. Products such as these can help individuals achieve the weight that they are dreaming of. Nowadays, they are becoming extremely popular because a lot of people want to lose weight without having to risk their health, at the same time; they want to trim their bodies without the involvement of extreme and tiresome workouts.

(more…)

jus diet mate5

Posted by zawiah | jus diet mate 5, kecantikan, kesihatan, testimoni | Thursday 29 January 2009 5:53 am

Jus Diet Mate 5 merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu effektif di dalam mengatasi masalah kegemukan.

Jus Diet Mate 5 formula hebat! Mengawal selera makan, menghalang pembentukkan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan kabohidrat kepada tenaga yang merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

Fungsi Jus Diet Mate 5

* Mengawal selera makan
* Menghalang pembentukkan lemak
* Mengurangkan pengambilan gula
* Meningkatkan kadar metabolisma
* Menukarkan kabohidrat kepada tenaga

(more…)

Jus Diet Mate 5

Posted by zawiah | jus diet mate 5, kecantikan | Sunday 10 February 2008 10:31 am

jusdietmate5b.jpg

Terhangat di pasaran !!!!!

Mudah
Berkesan
Semulajadi
Selamat
Tanpa rasa lapar
Tanpa rasa sakit
Tanpa bersenam
Bertenaga dengan minda yang cergas
Menyihatkan jantung
Bagus untuk kencing manis dan darah tinggi
Membantu kesuburan wanita
Bagus untuk saraf dan sendi
Melancarkan usus
Merawat masalah kemurungan, susah tidur
Merawat migrane dan gastrik
Mengatasi masalah stroke mengurangkan kolestrol
idp000013a.jpg

Semenanjung : RM200.00

Sabah/Sarawak RM210.00

Trial pack 5 pack RM50 shj (free pos laju)

 

 

BUAT PESANAN SEKARANG!!!

Keahlian Percuma Dengan Pembelian 3 kotak

3 kotak hanya RM450.00 shj dan keahlian free

Semenanjung : RM200.00

Sabah/Sarawak RM210.00

Trial pack 5 pack RM50 shj (free pos laju)

Cara Pengambilan Jus Diet Mate5

1.Pagi- Sarapan seperti biasa .

2.Boleh mengambil makanan berat seperti nasi berlauk,mee,bihun dan lain-lain lagi mengikut kadar secukupnya.

3.Tengah hari- gantikan dengan Jus Diet Mate5.

4.Sekiranya masih lapar makan buah-buahan atau sup sayur.

5..Malam- Sup Sayur,buah-buahan atau makanan yang penuh serat.

Cara Menyediakan Jus Diet Mate5

1. Masukkan satu paket Jus Diet Mate5 ke dalam bekas atau shaker
2. Masukkan air 400 ml
3. kacau hingga sebati atau goncang hingga sebati
4. Jus Diet Mate5 sedia untuk diminum
.

Bahan Utama Jus Diet Mate 5:-

1. Garcinia Cambogia (HCA)
2. Hoodia Gordonii
3. Guar Gum
4. L-Carnitine
5. Inulin
6. Soy Protein