rumah + kedai

Posted by zawiah | apa apa aje, diari, kecantikan, kesihatan | Thursday 24 July 2008 5:02 am

 

 

s6300331-p.JPG

 

 

s6300329-p.JPGs6300328-p.JPG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

s6300328-p.JPG

Dah edit gambar …tak lawa pulak…cam tak organise….berterabur…..ermm…

Assalamualikom semer….

Pagi ni rasa nak berceloteh sikit…

Ramai juga yang menelefon saya bertanyakan kedai saya dimana….

Ahhhhhh………malu donggg……..

Mana la ada kedai …..

Rumah ku adalah kedaiku…..

Stok stok disimpan dirumah….

Tapi pada sesiapa yang sudi nak dating ke rumah tu boleh laaa….

Nak tengok beberapa barangan yang ada….

Saya sudi menerima kedatangan ….tak kira lah malam atau siang…

Tapi kena call dulu….kot kot saya merayap ke mana mana nanti.

Ini lah kedai ku a.k.a rumah ku…

Rumah yang menyimpan seribu kenangan….

Rumah yang telah banyak berjasa untuk kami sekeluarga…

Diari saya…permulaan berniaga online

Posted by zawiah | apa apa aje, diari | Monday 9 June 2008 3:22 am

 

 

 

 

 

 

Assalamualikum semua….

Saya selalu mendapat email bertanyakan bagaimana nak carik pendapatan melalui online dan berniaga online…

saya ni bukan la pandai sangat…tapi amat berminat dengan konsep berniaga dari rumah.

Tapi ianya bukan dapat di capai dengan mudah….kemahuan perlu ada.

 

Kerana amat berminat dan terlalu berminat, saya telah surf internet dan cuba cuba belajar dengan cara membuat blog.

Itu pun alhamdulillah ada adik dari UTP (ramzan raja Blog) yang sudi menunjuk ajar kepada saya….itu pun sampai ke hari ni saya tak pernah bersua muka dengan beliau.

Semuanya melalui online…

 

Dengan membuat blog free, saya pun menulis laa…memula saya guna Blogger…..lepas tu beralih ke Wordpress..

alhamdulillah produk yang saya tulis tu mendapat sambutan…

(Jika anda semua nak belajar buat blog…..boleh dapatkan pakej membuat blog daripada saya….ini khusus produk dari zul smartusaha)

Dapat email dan sms setiap hari…maka bermula lah episode baru ….berniaga la secara online.

Semakin bertambah seronok…dengan menambah stok …dan masa pun banyak terisisi…..

 

Untuk menambah lagi ilmu , saya menghadiri bengkel bengkel kelas internet…antaranya  sifu  Irfan Khairi..wowwww….teruja betul dapat gi berkursus dengan Irfan Khairi  ( korek tabung…) (more…)

Naik, naik dan naik!!

Posted by zawiah | apa apa aje, diari | Saturday 7 June 2008 4:43 pm

Salam semer pengunjung blog…

maaf agak lama tak menulis di blog, baru baru ni pc buat hal, semua yg disave dan di bookmark tetiba ghaib… alhamdulillah dgn bantuan kengkawan….dpt dipulihkan juga, walaupun kepala dah kepeningan dan rasa cam nak nangis jerkkk….(eheehhee) malu orang tua nangis…

Sementara anak anak cuti sekolah , kami balik kampung jengah mak kat kampung, bawak mak jenjalan, kesian mak….tak de orang nak bawak dia kuar pusing pusing bandar Kota Bharu.

Bawak mak gi makan makan ….bagi dia pilih peberet makanan dia….ayam bakar cicah colek…..dengan air tea susu….itu la kegemaran mak….suka hati nampak mak gembira…. (more…)

Belajar dari kisah Suffiah

Posted by zawiah | apa apa aje | Thursday 3 April 2008 6:21 am

Belajar dari kisah Sufiah

Oleh NORAINI ABD. RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)

JIKA 10 tahun lalu dunia tertumpu kepada nama Sufiah Yusof kerana kepintaran luar biasa beliau dalam matematik serta kejayaannya memasuki universiti ketika berusia 13 tahun, kelmarin lain pula ceritanya.

Anak kepada pasangan Halimaton Yusof dan Yusof Farooq yang sudah berusia 23 tahun itu kini dilaporkan menjadi pekerja seks di Salford, Manchester untuk menyara kehidupannya.

Semestinya itu bukan laporan perkembangan Sufiah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang pernah tumpang berbangga dengan pencapaian cemerlangnya.

Pun begitu, laporan terbaru mengenai Sufiah bukan juga sesuatu yang amat mengejutkan. Beliau pernah melarikan diri dari Universiti Oxford akibat tekanan perasaan yang dialaminya. Sufiah juga pernah berkahwin tetapi bercerai.

Semuanya itu gara-gara cita-cita bapanya yang terlalu tinggi untuk memastikan Sufiah dan anak-anaknya yang lain menjadi genius.

Keghairahan itu menyebabkan mental serta fizikal anak-anaknya terdera semata-mata untuk membuktikan sistem hothousing yang menjadi kebanggaan Yusof berkesan. (more…)

7 perisian yang ada di pc anda

Posted by zawiah | pc dan anda | Wednesday 2 April 2008 6:12 am

Seronok tengok orang buat tag di blog, saya pun nak buat juga hehe. Saya nak kenakan tag pada 7 orang juga lah hehe, perisian ada 7 bukan? . Ok, 7 orang tu MK, Kak Zawiah, Amzani, Shueqry, ShawnSharif, Kaorunamba dan Nash. Saja seronok2, saya tak kisah anda mahu buat atau tidak. Kalau buat lagi bagus

 

Ok ini tentang perisian yang ada di pc akak….

1. firefox

dulu tak kenal pun firefox, smnjk dah kenal waida(kenal di alam maya) skrng bes pulak guna firefox

2. IE

IE tetap ada, sebab kengkadang sesetengah web tak dapat dibuka dengan browser firefox

3. athan

ni untuk tak bagi leka depan pc, bila masuk waktu zohor, asar,maghrib, isya……akan azan dengan sendirinya.

4.Bit Torrent

untuk download file torrent

5. Photoshop 6 dan CSS

Mesti semua ada yg nii, nak edit gambar dan sewaktu denganya

6.Acrobat Reader

7. Nero

utk burn dvd /cd…..ni suami kak suka yg nii, kak tumpang je lahhh…

 

p/s yg perlu ada YM (yahoo messenger) ..huhuuuuhhh……..

 

 

apa macam waida ? menepati kehendak ? heheeeeeheee………..lulus exam

tag dari waida

Posted by zawiah | apa apa aje, pc dan anda | Monday 31 March 2008 11:10 am

Seronok tengok orang buat tag di blog, saya pun nak buat juga hehe. Saya nak kenakan tag pada 7 orang juga lah hehe, perisian ada 7 bukan? . Ok, 7 orang tu MK, Kak Zawiah, Amzani, Shueqry, ShawnSharif, Kaorunamba dan Nash. Saja seronok2, saya tak kisah anda mahu buat atau tidak. Kalau buat lagi bagus

ihiiiihhhiii…..
waida dah “tag” nama akak….
sebenarnya akak sendiri pun tak faham maksud sebenar dengan “tag” nihh…..
apa apa pun terima kasih terlebih dahulu untuk waida….
dari blog waida akak banyak belajar tentang komputer

hehe, sebenarnya macam ni..
tak rumit pun tag ni (bukan macam tag dalam kod html tu :D )

bila akan kena tag dari saya, akak pula harus buat artikel tentang topik yang sama macam saya buat, “7 perisian yang akak wajib pakai”

tentang ebook ini pula, mulakan dengan report dulu sebab nipis kan. yang penting kena mula langkah pertama :) ingat konsep “start small, finish big”

Next Page »