solat dhuha cabang kesihatan anda

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Thursday 2 July 2009 12:35 am

solat

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

dipetik dari : alivewire.wordpress.com

ketenangan jiwa

Posted by zawiah | apa apa aje, diari, tazkirah | Sunday 4 January 2009 2:19 pm


Ketenangan Jiwa

Jauh aku merantau
Ke pelusuk dunia
Jauh aku mencari
Cari ketenangan jiwa

Kukira lebuhraya
Dari kota ke kota
Berpanas dan berhujan
Cari ketenangan jiwa

Kedamaian jiwaku
Nyatakan di mana
Barat, timur, tengah
Selatan dan utara

Puas sudah kubaca
Kupasangkan telinga
Tapi masih mencari
Cari ketenangan jiwa

Pintu penuh rahsia
Kubkakan kuncinya
Mengharapkan jawapan
Cari ketenangan jiwa

Lalu ku pun bertanya
Kepada semua
Akhirnya ku snediri
Mencari semula

( korus )
Gunung dan lembah
Laut dan udara
Padang dan rimba
Aku rintangi
Untuk mencari
Oh ketenangan jiwa
Di mana ke mana

Bila penat berlari
Bersama pedih peri
Kini kumenyendiri
Cari ketenangan jiwa

Kulihat suatu wajah
Penuh suka dan duka
Kepenatan mencari
Cari ketenangan jiwa

Di wajah kehausan
Kini kusedari
Kedamaian ada
Dalam diri sendiri

Gunung dan lembah
Laut dan udara
Padang dan rimba
Aku rintangi
Untuk mencari
Oh ketenangan jiwa

Di mana, ke mana
Baru kini kujumpai
Dalam diri sendiri

Sudirman.

istiqamah

Posted by zawiah | diari, tazkirah | Saturday 22 March 2008 4:01 pm

fd.jpg

Subhanallah         33x

Alhamdulillah      33x

Allahuakbar        33x

cubalah istiqamah, insyALLAH dgn izin NYA anda akan merasa kelainan dan keajaiban nya.

Terima kasih buat “seri” yang telah sudi men”share” kan bersama. Semuga kita bersama menuju keredhaan Allah. Cubalah lakukan sebaik selepas setiap kali selepas solat. Kerana di ketika selepas solat anda akan berada dalam suci dari hadas kecil dan hadas besar .

Petua orang berjaya!

Posted by zawiah | apa apa aje, diari | Friday 21 March 2008 1:48 am

Petua Orang Berjaya:

Saudara Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya…

” Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang menang tidak akan berhenti”.

Ada pepatah Inggeris menyebut yang bermaksud, “Apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan.” Ini bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam surah al-Insyirah, dimana Allah menyebut, “Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan.”

Dalam pengurusan kerja dan masa pun begitu juga. Mungkin saudara berasa bahawa saudara adalah jenis orang yang gemar menangguhkan masa, dan tidak mungkin saudara boleh berubah.

Nanti dulu!!…Jangan fikir saudara seorang yang gagal, kerana ia akan hanya memudaratkan diri saudara.

“Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang yang menang tidak akan berhenti.” Oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang berjaya!!


Petikan kata-kata: Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

diambil dr salah satu web di internet…terima kasih