rahim kendur dan terkeluar

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Monday 15 June 2009 11:15 am

Wednesday, May 20th, 2009

Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’).

Di antara kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut:

Gangguan pembuangan air kecil

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah pekencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mulakan kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila batuk, bersin ataupun apa sahaja perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar sebagai Stress Incontincence yang sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wuduknya.

Gangguan hubungan kelamin

Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan Pelvic Floor  Muscle, maka kekuatan untuk mencekang dan mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seksual khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seksual selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada pelbagai faktor tetapi di antaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot di sekeliling faraj.

Ketidakselesaan dan sakit pinggang

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana rahim terkeluar daripada faraj khususnya ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh, ia menarik otot dan sering kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai penderitanya mengadu sakit pinggang.

Gangguan kesihatan

Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, sering kali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosioni. Luka ini sering kali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau keluar lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat pergeselan yang berpanjangan. Malah ada sesetengah kanser pangkal rahim berpunca daripadanya.

APAKAH PUNCA KEJADIAN PROLAPSE ?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya ‘prolapse’. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Faktor Baka – Sesetengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada di kalangan saudara mara mereka khususnya ibu, ibu saudara atau nenek mengalami masalah yang sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu, otot dan ligamen pada peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang serta mencukupi dari segi semua zat seperti protein dan vitamin.
  • Senaman - Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligamen dan otot yang mmegang faraj dan rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau senaman untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan senaman waktu hamil dan selepas kelahiran sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu kelalaian atai tidak melakukan senaman adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.

Sumber: Mingguan Wanita ~ 2-8 Mei 2003

(Bersama: Prof. Dr. Hamid Arshad – Pakar Sakit Puan)

susu ALPHA LIPID

Posted by zawiah | alpha lipid, kecantikan, kesihatan, testimoni | Thursday 29 January 2009 7:57 am

alphalipid1

Apa itu Alpha Lipid LifeLine ?
Alpha Lipid Lifeline™ diimport terus dari syarikat New Image International, New Zealand, pengeluar kolostrum terbesar di dunia dan Pemenang Anugerah Eksport New Zealand 3 tahun berturut-turut.

Alpha Lipid Lifeline™ dapat Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dan dijamin HALAL. Susu Alpha Lipid Lifeline™ adalah kolustrum kuality tinggi (grade10) dengan formula unit lebih mudah diserap cepat dan berkesan 100% ke dalam system penghadaman berbanding kolostrum jenama lain.

(more…)

Al Fatihah

Posted by zawiah | apa apa aje, diari, tazkirah | Tuesday 25 November 2008 11:10 am


Al Fatihah buat arwah mak Zainab bt Daud

 

Kepada pengunjung blog cantiksihat sudilah kiranya

mensedekahkan Al Fatihah buat arwah bonda saya yang baru kembali ke rahmatullah

pada pagi Jumaat (21/11/08) pada jam 1.15 pagi.

Glaukoma- info

Posted by zawiah | kesihatan | Tuesday 13 May 2008 3:37 am

Glaukoma

Glaukoma ialah sejenis penyakit mata. Terdapat empat jenis glaukoma yang lazimnya berlaku,iaitu, glaukoma akut/glaukoma sudut tertutup, glaukoma kronik/glaukoma sudut terbuka, glaukoma sekunder dan glaukoma kongenital. Kesemua empat jenis glaukoma ini dicirikan oleh peningkatan tekanan di dalam bola mata. Oleh yang demikian, kesemuanya boleh menyebabkan kerosakan pada saraf optik secara beransur-ansur.

Ketika keadaan saraf optik menjadi bertambah teruk, perubahan turut berlaku pada titik buta dan medan penglihatan yang boleh membawa kepada kebutaan kemudiannya. Semua jenis kebutaan yang disebabkan oleh glaukoma sebenarnya boleh dielakkan jika ianya dapat dikesan lebih awal. Glaukoma tidak boleh disembuhkan, namun dalam kebanyakan kes ia dapat dirawat dengan baik jika rawatan yang tepat diberikan.

(more…)

Kita bukan isteri perdana menteri

Posted by zawiah | insuran takaful | Friday 9 May 2008 2:19 am

Kita bukan isteri perdana menteri….
Kalau kita isteri perdana menteri, kita tak perlu takut sbb semua free,
sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi kanser di L.A US,
Ratus – ratus ribu, high class facilities,
Kerajaan tanggung in and out,
buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri Hendon,

Kita bukan Azean Irdawati,
Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro, Utusan dan macam2 mintak derma,
masuk TV3 mintak ringankan beban,
mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000, orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,

(more…)

Sakit buah pinggang- info

Posted by zawiah | ecpi water/gth, kesihatan | Sunday 4 May 2008 1:08 am

Sakit Buah Pinggang : Kenali Simptom-Simptom Awal

Pada 13-Mac-2008 yang lalu adalah dikenali sebagai Hari Buah Pinggang Sedunia. Artikel kali ini untuk mengenali ‘buah pinggang’ anda.

Proses metabolisma di dalam badan berlaku setiap masa. Melalui proses ini, badan akan menyerap segala nutrien yang diperlukan dan mengeluarkan sisa-sisa / toksin yang tidak diperlukan. Buah pinggang berfungsi untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa ini melalui pembuangan air kencing dan peluh yang bertujuan mengimbangkan kandungan air, elektrolit nuklear dan keseimbangan pH dalam badan.

Mengamalkan minum air kosong dengan kuantiti yang banyak (8 gelas) setiap hari sebenarnya dapat membantu badan mengeluarkan sisa-sisa yang dihasilkan daripada proses metabolisma, mengurangkan keracunan dalam badan dan secara tidak langsung dapat menghindari daripada serangan sakit buah pinggang. Kadar proses metabolisma di dalam badan akan meningkat / lebih aktif sekiranya kita sakit / demam, maka semakin bertambahlah bahan-bahan sisa dan racun-racun dalam badan yang perlu dikeluarkan. Oleh itu, disarankan supaya kita banyakkan mengambil air kosong bagi memudahkan proses perkumuhan.

Kebiasaannya, sakit buah pinggang hanya dapat dikesan ketika dalam keadaan yang telah kritikal. Kenapalah ini boleh berlaku? Sebenarnya, terdapat simptom-simptom tertentu yang menunjukkan buah pinggang seseorang itu bermasalah, namun ianya kurang dititikberatkan kerana tiada kesan luar biasa yang berlaku.

renal_failure_1.jpg

(more…)

Next Page »