solat dhuha cabang kesihatan anda

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Thursday 2 July 2009 12:35 am

solat

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

dipetik dari : alivewire.wordpress.com

Selulit

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Monday 29 June 2009 10:43 pm


SELULIT

selulit


TIADA apa yang paling dibenci wanita melainkan memiliki permukaan kulit tubuh yang merekah dan berketak-ketak seakan permukaan kulit buah oren atau lebih dikenali ramai dengan nama, selulit.


Lebih menakutkan wanita, selulit menyerang tanpa mengenal usia dan bentuk tubuh seseorang. Memang, mungkin ramai sering beranggapan selulit berkait rapat dengan kegemukan. Hakikatnya, anda silap.

Selulit bukan hanya dialami oleh wanita atau lelaki yang gemuk atau obesiti. Malah mereka yang kurus dan tinggi lampai juga tidak terkecuali mengalaminya. Jadi, jika anda termasuk dalam golongan ini, apakah yang boleh anda lakukan bagi memerangi selulit?

Menurut Pakar Pengurangan Berat Badan, Femme Slender, sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh wanita mahupun lelaki untuk membuang atau mengusir selulit mereka dengan lebih berkesan.

Sebelum itu, apa yang perlu dilakukan adalah mengenali apa itu selulit dan kenapa anda mengalaminya. Selulit adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada lebihan lemak terkumpul yang menyebabkan wujudnya permukaan kulit yang tidak rata atau merekah-rekah. Transformasi kulit ‘baru’ ini selalunya muncul pada paha dan punggung.

Ramai selalu salah anggap lemak itu adalah selulit. Sedangkan bukan semua lemak mendatangkan keburukan. Lemak sebenarnya menjadi penebat untuk tubuh dan kusyen bagi organ, otot dan saraf. Malah permukaannya juga rata dan lembut.

Justeru, kenapa seseorang itu ‘diserang’ selulit?

Selalunya, ia kerap terjadi pada perempuan yang sudah akil baligh. Sebabnya, peningkatan estrogen yang berlaku ekoran perubahan hormon boleh menyumbang kepada kewujudan dan bertambahnya masalah selulit.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan semula jadi pada tisu perantara wanita, dikenali sebagai septa yang memastikan lemak berada dalam kedudukannya.

Tisu-tisu dalam tubuh wanita sebenarnya tidak anjal. Jadi, apabila berlakunya pertambahan berat badan, sel lemak akan bertambah dan keadaan itu akan menyebabkan wujudnya bonjolan pada permukaan kulit sehingga kelihatan hodoh.

Jadi, bagaimana caranya untuk wanita menyingkirkan selulit ini? Apa yang perlu anda lakukan sebenarnya cukup mudah. Hanya mulakan dengan mengambil buah-buahan dan sayuran segar seperti buah beri, ceri, sitrus, kubis bunga, brokoli, tomato dan kacang pea.

Kesemua makanan ini mengandungi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan keanjalan septa yang secara tidak langsung berperanan dalam memastikan selulit berada di bawah permukaan kulit.

Selain itu, anda boleh mengambil beberapa jenis vitamin yang bagus dalam diet anda. Sebabnya, vitamin dan mineral dapat membantu sel-sel berfungsi secara normal.

Cara lain untuk mewujudkan septa yang lebih anjal adalah dengan mengelakkan pengambilan tembakau (rokok), kafein, bahan mengawet dan makanan pedas dalam diet harian anda.

Malah, bukti juga menunjukkan senaman yang dilakukan secara rutin dapat membantu membakar lemak dan menguatkan otot tubuh yang secara tidak langsung membantu mengurangkan kehadiran selulit.

Senaman yang dilakukan secara rutin ini berfungsi untuk membuang toksin yang menyebabkan selulit selain membawa nutrien ‘baru’ pada kulit.

Tekanan sebenarnya boleh mendorong wujudnya selulit. Apabila tertekan, tubuh akan mengeluarkan hormon adrenalin yang terus memasuki sel darah untuk bertindak balas pada otot seperti triceps, biceps dan quadriceps sebagai pelindungan. Maknanya, darah tidak sampai pada kulit dan mengurangkan peredaran serta tidak banyak toksin dibuang daripada tubuh.

Kadang-kadang dengan hanya menarik nafas panjang sudah dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Cuba teknik ini. Tarik nafas untuk sesaat. Kemudian tahan nafas itu selama empat saat sebelum hembuskan secara perlahan-lahan selama dua saat.

Atau anda boleh menggunakan berus besar yang mempunyai permukaan rata serta bulu yang keras untuk kulit anda. Berus seperti ini dapat membantu memerangi selulit kerana ia mampu merangsang peredaran darah langsung menyuburkan tisu-tisu dan berkesan membuang toksin dalam badan.

Mulakan menggosok dengan lembut di buku lali dengan gerakan bulatan dan terus ke paha dan jika perlu hingga ke pangkal paha.

Akhir sekali, jangan lupa minum air dengan jumlah yang mencukupi. Ia penting kerana dapat membantu membuang toksin daripada badan dan membantu mengekalkan keanjalan septa.

dipetik dari berita harian online

apa itu kolesterol?

Posted by zawiah | alpha lipid, kecantikan, kesihatan, naturopathy, organik,naturopathy | Monday 29 June 2009 8:22 pm

lifecycle_of_lipoproteins

Kebiasaannya, juka disebut kolesterol, ia berkait rapat dengan makan yang kita ambil.  Kolesterol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kolesterol baik, HDL (high density lipoprotein) dan kolesterol jahat, LDL (low density lipoprotein).

LDL merupakan penyebab utama masalah jantung kerana ia menyebabkan plak terbentuk di dalam pembuluh darah.  Untuk mengurangkan tahap LDL, anda perlu bijak memilih makanan daripada sumber lemak tidak tepu berbanding makanan yang terdiri daripada lemak tepu.  Sebagai contoh minyak tidak tepu ialah minyak kanola dan minyak zaitun.

HDL pula merupakan lemak yang baik untuk kesihatan. Cara mudah untuk meningkat kadar HDL ialah dengan membanyakkan senaman, berhenti merokok dan dapatkan berat badan yang ideal.  Setiap wanita dan lelaki berisiko tinggi menghidap penyakit jantung apabila kadar kolesterol dalam darah berada pada tahap yang tinggi.  Malah risiko serangan strok juga akan berlaku apabila pembuluh darah mula menyempit dan menyukarkan aliran oksigen ke otak.  Risiko ini semakin meningkat apabila seseorang wanita itu telah menopaus.  Ini kerana pada waktu ini HDL akan menurun dan LDL akan meningkat.

Selain daripada mengawasi pengambilan makanan, pemeriksaan tahap kolesterol amat digalakkan.  Untuk lelaki, pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berjadual jika anda telah berumur 35 tahun ke atas.  Manakala bagi wanita pula, sebaik sahaja berumur 45 tahun ke atas.  Tahap kolesterol dalam darah yang terbaik ialah 200200 hingga 239 merupakan tahap yang perlu diaawasi.  Dan jika tahap kolesterol telah mencapai 240 ke atas, ini bermakna anda mudah mendapat serangan penyakit jantung.

dipetik dari laman tips dan petua

Natural Weight Loss Supplement- Are they realy safe?

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Saturday 31 January 2009 6:05 am

Natural weight loss supplements come in different forms and presentations. They can be sold to the public as pills, capsules, beverages and so on. Products such as these can help individuals achieve the weight that they are dreaming of. Nowadays, they are becoming extremely popular because a lot of people want to lose weight without having to risk their health, at the same time; they want to trim their bodies without the involvement of extreme and tiresome workouts.

(more…)

O MUST tanya/jawab

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Friday 30 January 2009 4:10 am

omust

Amalan harian

Posted by zawiah | apa apa aje, kesihatan, tazkirah | Friday 12 September 2008 11:11 pm


Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging

 

(more…)

Next Page »