Selulit

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Monday 29 June 2009 10:43 pm


SELULIT

selulit


TIADA apa yang paling dibenci wanita melainkan memiliki permukaan kulit tubuh yang merekah dan berketak-ketak seakan permukaan kulit buah oren atau lebih dikenali ramai dengan nama, selulit.


Lebih menakutkan wanita, selulit menyerang tanpa mengenal usia dan bentuk tubuh seseorang. Memang, mungkin ramai sering beranggapan selulit berkait rapat dengan kegemukan. Hakikatnya, anda silap.

Selulit bukan hanya dialami oleh wanita atau lelaki yang gemuk atau obesiti. Malah mereka yang kurus dan tinggi lampai juga tidak terkecuali mengalaminya. Jadi, jika anda termasuk dalam golongan ini, apakah yang boleh anda lakukan bagi memerangi selulit?

Menurut Pakar Pengurangan Berat Badan, Femme Slender, sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh wanita mahupun lelaki untuk membuang atau mengusir selulit mereka dengan lebih berkesan.

Sebelum itu, apa yang perlu dilakukan adalah mengenali apa itu selulit dan kenapa anda mengalaminya. Selulit adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada lebihan lemak terkumpul yang menyebabkan wujudnya permukaan kulit yang tidak rata atau merekah-rekah. Transformasi kulit ‘baru’ ini selalunya muncul pada paha dan punggung.

Ramai selalu salah anggap lemak itu adalah selulit. Sedangkan bukan semua lemak mendatangkan keburukan. Lemak sebenarnya menjadi penebat untuk tubuh dan kusyen bagi organ, otot dan saraf. Malah permukaannya juga rata dan lembut.

Justeru, kenapa seseorang itu ‘diserang’ selulit?

Selalunya, ia kerap terjadi pada perempuan yang sudah akil baligh. Sebabnya, peningkatan estrogen yang berlaku ekoran perubahan hormon boleh menyumbang kepada kewujudan dan bertambahnya masalah selulit.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan ia mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan semula jadi pada tisu perantara wanita, dikenali sebagai septa yang memastikan lemak berada dalam kedudukannya.

Tisu-tisu dalam tubuh wanita sebenarnya tidak anjal. Jadi, apabila berlakunya pertambahan berat badan, sel lemak akan bertambah dan keadaan itu akan menyebabkan wujudnya bonjolan pada permukaan kulit sehingga kelihatan hodoh.

Jadi, bagaimana caranya untuk wanita menyingkirkan selulit ini? Apa yang perlu anda lakukan sebenarnya cukup mudah. Hanya mulakan dengan mengambil buah-buahan dan sayuran segar seperti buah beri, ceri, sitrus, kubis bunga, brokoli, tomato dan kacang pea.

Kesemua makanan ini mengandungi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan keanjalan septa yang secara tidak langsung berperanan dalam memastikan selulit berada di bawah permukaan kulit.

Selain itu, anda boleh mengambil beberapa jenis vitamin yang bagus dalam diet anda. Sebabnya, vitamin dan mineral dapat membantu sel-sel berfungsi secara normal.

Cara lain untuk mewujudkan septa yang lebih anjal adalah dengan mengelakkan pengambilan tembakau (rokok), kafein, bahan mengawet dan makanan pedas dalam diet harian anda.

Malah, bukti juga menunjukkan senaman yang dilakukan secara rutin dapat membantu membakar lemak dan menguatkan otot tubuh yang secara tidak langsung membantu mengurangkan kehadiran selulit.

Senaman yang dilakukan secara rutin ini berfungsi untuk membuang toksin yang menyebabkan selulit selain membawa nutrien ‘baru’ pada kulit.

Tekanan sebenarnya boleh mendorong wujudnya selulit. Apabila tertekan, tubuh akan mengeluarkan hormon adrenalin yang terus memasuki sel darah untuk bertindak balas pada otot seperti triceps, biceps dan quadriceps sebagai pelindungan. Maknanya, darah tidak sampai pada kulit dan mengurangkan peredaran serta tidak banyak toksin dibuang daripada tubuh.

Kadang-kadang dengan hanya menarik nafas panjang sudah dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Cuba teknik ini. Tarik nafas untuk sesaat. Kemudian tahan nafas itu selama empat saat sebelum hembuskan secara perlahan-lahan selama dua saat.

Atau anda boleh menggunakan berus besar yang mempunyai permukaan rata serta bulu yang keras untuk kulit anda. Berus seperti ini dapat membantu memerangi selulit kerana ia mampu merangsang peredaran darah langsung menyuburkan tisu-tisu dan berkesan membuang toksin dalam badan.

Mulakan menggosok dengan lembut di buku lali dengan gerakan bulatan dan terus ke paha dan jika perlu hingga ke pangkal paha.

Akhir sekali, jangan lupa minum air dengan jumlah yang mencukupi. Ia penting kerana dapat membantu membuang toksin daripada badan dan membantu mengekalkan keanjalan septa.

dipetik dari berita harian online

Natural Weight Loss Supplement- Are they realy safe?

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Saturday 31 January 2009 6:05 am

Natural weight loss supplements come in different forms and presentations. They can be sold to the public as pills, capsules, beverages and so on. Products such as these can help individuals achieve the weight that they are dreaming of. Nowadays, they are becoming extremely popular because a lot of people want to lose weight without having to risk their health, at the same time; they want to trim their bodies without the involvement of extreme and tiresome workouts.

(more…)

O MUST tanya/jawab

Posted by zawiah | kecantikan, kesihatan | Friday 30 January 2009 4:10 am

omust

susu ALPHA LIPID

Posted by zawiah | alpha lipid, kecantikan, kesihatan, testimoni | Thursday 29 January 2009 7:57 am

alphalipid1

Apa itu Alpha Lipid LifeLine ?
Alpha Lipid Lifeline™ diimport terus dari syarikat New Image International, New Zealand, pengeluar kolostrum terbesar di dunia dan Pemenang Anugerah Eksport New Zealand 3 tahun berturut-turut.

Alpha Lipid Lifeline™ dapat Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dan dijamin HALAL. Susu Alpha Lipid Lifeline™ adalah kolustrum kuality tinggi (grade10) dengan formula unit lebih mudah diserap cepat dan berkesan 100% ke dalam system penghadaman berbanding kolostrum jenama lain.

(more…)

Testimonia ubat mata Qurrotaaini

Posted by zawiah | kesihatan, ubat mata | Friday 5 September 2008 7:10 am


 

TESTIMONIAL

1-    Ibu saya yang sudah berusia 78 tahun, yang hampir dibedah , tetapi berkat ubat mata Qurrotaaini, ibu saya tiada masalah penglihatan dan sampai sekarang, beliau terus menggunakan ubat ini dan tidak perlu memakai cermin mata apabila membaca Kitab Suci Al-Quran dan kitab-kitab Jawi yang lain. 


Prof. Madya Hjh. Che Siah Bt. Hj Che Man, Shah Alam

 

 

 

 

2-Saya telah mengalami kebutaan akibat lapisan  katarak yang amat tebal. Saya mencuba produk Qurrotaaini sejak April 2008. Kini, Julai 2008, selaput katarak ini sudah menipis, dan saya yakin akan dapat melihat semula..insyaallah.

                                                                                    Ariffin,P.J

 

 

3- Saya sendiri dah menggunakan ubat mata Qurrotaini hampir 5 bulan .Saya guna Q111, sbb saya ada katarak,selaput mata dan saraf.Mata putih yg menguning.

Alhamdulillah, mata saya ringan dan terang.Mata putih pun sudah hilang warna kekuningan.

Selaput makin menipis.

Kerana bg saya ia amat berkesan, maka saya sudah menjadi pengedar untuk ubat mata ni. Bg saya tak salah menggunakan , apatah lagi halal dan suci.

Sampai kini saya masih gunakan dan akan terus gunakan.

 

 

                                                                                                                   zawiahshop.com

zawiah 013-368 734

Update ubat mata lagi!

Posted by zawiah | apa apa aje, kecantikan, kesihatan, ubat mata | Monday 23 June 2008 3:15 am

 

 

 

ubatmata3.jpg

Alhamdulillah….setelah hampir 3/ 4 bulan menggunakan ubat mata Qurrotaaini, banyak masaalah mata saya dapat diselesaikan.

Saya ada rabun jauh dan rabun dekat, jadi 2 power digunakan untuk 1 spek…ushhh…

Hampir 3 bulan sekali power akan naik. Masaalah mata ni selalu rasa panas, merah,rasa cam bersampah, bertahi, ada juga masaalah saraf dan telinga yang berdengung.

 

(more…)

Next Page »