Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Share this post with your friends

5 Tanda Berisiko Ada Kencing Manis & Bahan Mujarab Kurangkan Kadar Gula Dalam Badan

Hai, nama saya Mirul. Umur baru 35 tahun dan bekerja sebagai engineer di satu syarikat di Kuala Lumpur. Baru-baru ni saya terkejut bila dapat tahu yang sebenarnya saya ada masalah kencing manis.

Selama ni memang saya tak pernah check up semua sebab busy dengan kerja. Tapi haritu terdetik hati nak pergi jumpa doctor sebabkan saya ni kerap bangun kencing malam. Lepas checkup tu saya betul2 terkejut bila doctor bagitahu result bacaan gula saya dah 6.6.

Result bacaan kandungan gula saya haritu

Untuk bacaan normal biasanya 5 ke bawah. Bila dah atas 6, doctor kata kena ambil langkah berjaga-jaga. Alhamdulillah walaupun saya lambat sedar, tapi saya masih belum terlambat untuk rawat.

So kat sini saya nak share 5 tanda awal yang kita alami bila ada penyakit kencing manis. Boleh lah anda pergi check kalau ada salah satu tanda kat bawah ni. Ingat, cegah sebelum terlambat!

1. Kerap Dahaga Dan Bangun Untuk Kencing Pada Waktu Malam

Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tandas untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam.

Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan kita sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2. Berat Badan Menyusut Dengan Drastic

Kita kena hati-hati apabila berat badan menurun tiba-tiba walaupun kuantiti makanan yang diambil adalah sama setiap hari. Inilah antara tanda kencing manis.

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka.

Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3. Jarak Penglihatan Menurun

Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4. Selalu Kebas Pada Kaki Dan Tangan

Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki.

Kebas akan kerap berlaku disebabkan darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5. Luka Yang Lambat Sembuh

Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.

Selalunya bila dah sampai pada tanda yang kelima ni, kebanyakannya pesakit dah masuk dalam tahap kronik. Jadi, jangan sampai terlambat. Baik jumpa doctor cepat dan cari jalan penyelesaian.

Tapi anda jangan risau..

Doctor ada suggest kat saya satu bahan yang mujarab untuk kita amalkan dan boleh turunkan kadar gula dalam badan kita.

Nak tahu bahan apa? Klik button bawah ni untuk teruskan bacaan.